Saturday, October 26, 2013

SK SERI BERANG TERBAIK UPKK



KUALA BERANG (26 OKTOBER 2013) : SK Seri Berang menjadi Sekolah Jumlah Teramai 8A dalam peperiksaan UPKK 2012 peringkat Daerah Hulu Terengganu .


Tahniah dan Syabas diucapkan

Tuesday, October 15, 2013

TID PERINGKAT NEGERI

SMK BUKIT NENAS (12 OKTOBER 2013) : Nurul Nasiha Shaari dan Khairol Najmi Rospi berjaya mengharumkan nama sekolah apabila menggondol Pingat dalam Karnival TID peringkat Negeri Terengganu.




Tahniah dan Syabas diucapkan.

Monday, October 7, 2013

JAMUAN JASAMU DIKENANG

KUALA IBAI (07 OKTOBER 2013) : Hari ini diadakan jamuan sempena pertukaran 3 orang guru dari SK Seri Berang. Mereka terdiri daripada Puan Alawiah ke SK Ajil, Ustaz Azarul Razamin ke SK Medan Jaya, dan juga Encik Shahidan Abu Kasim yang dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Binjai Kertas.
Berikut antara yang sempat dirakam :
Ucapan Aluan Pengerusi Kelab Guru
Ucapan Ustaz Azarul Razamin
Ucapan Guru Besar, Pn Hasnah Hasan

Terima kasih kepada semua guru yang telah bertukar, semoga bakti yang kamu curahkan di sekolah ini dapat memberi manfaat yang berpanjangan.

Sunday, October 6, 2013

PELARI SK SERI BERANG ANTARA YANG TERBAIK

KUALA TERENGGANU (28 SEPTEMBER 2013) : Afiq Aiman Halizan membanggakan nama sekolah apabila berjaya mendapat tempat ke 6 dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2013 dalam kategori Pelajar Sekolah Junior Lelaki. Lebih manis lagi adiknya, Aishah juga mendapat tempat yang sama dalam kategori Pelajar Sekolah Junior Perempuan. Seorang lagi peserta dari SK Seri Berang, adik Mohd Firdaus bin Yusof hanya berjaya mendapat tempat ke 18.


Tahniah dan syabas diucapkan.

Wednesday, October 2, 2013