Wednesday, January 18, 2012

BADMINTON 2012 : SERI BERANG SEDIA MEMBERI TENTANGAN



Latihan Beregu L12 dijalankan setiap petang hari persekolahan.

KUALA BERANG (19 Januari 2012) : Pasukan Badminton SK Seri Berang siap sedia menyertai Kejohanan Badminton Sekolah Rendah peringkat daerah pada 9-11 Februari depan. Kejohanan akan berlangsung di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.

Latihan giat dijalankan di gelanggang badminton sekolah dan dikelolakan oleh Ustaz Azarul. Manakala pengurusan pasukan perempuan (P12) diuruskan oleh Pn Mariati Baharudin, Ustazah Hjh Saadiah dan Pn Wan Sabariah Wan Yusof.


Pemain Badminton Seri Berang menduduki Ujian TID Daerah  2011
anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu. Dua pemain beregu sekolah
berjaya lulus dan mara ke Ujian TID Negeri.


Mohd Alif Zikri bin Zulkifli sedang menjalani Ujian TID Daerah 2011
dalam slot ketangkasan tangan.


Bergambar kenangan dengan Pegawai MSN selepas
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Ujian TID Badminton Daerah 2011.


Pada 2011 lalu, Seri Berang berada di kedudukan kelompok 5 terbaik di daerah selepas beregu lelaki dan perseorangan perempuan mara ke Separuh Akhir. Dua pemain beregu L12 turut menyertai Pasukan Badminton Daerah ke kejohanan negeri di Kemaman.

Semoga pasukan Seri Berang lebih gemilang pada tahun 2012 ini.

arms/berita...

Tuesday, January 17, 2012

PING PONG PEMBUKA ACARA

KUALA BERANG (16 Januari 2012) : Dewan Sivik Kg Butut menjadi saksi lahirnya bakat baru bagi acara Ping pong Perempuan Bawah 12 Tahun apabila seorang atlit kita telah berjaya menggondol Naib Juara acara tersebut. Pelajar Tahun 4 Al Muslim tersebut telah berjaya menumbangkan ramai pemain-pemain yang lebih tua darinya tetapi terpaksa akur dengan kehebatan seorang pemain SK Kuala Berang apabila dikalahkan pada peringkat akhir.
Tahniah diucapkan

Ada Gaya, Mutu permainan terserlah , Keunggulan akan menjelma

Bertemu sesama sendiri di peringkat Suku Akhir

  

PROGRAM KLUSTER SERI BERANG BERMULA

KUALA BERANG (12 JANUARI 2012) : Hari ini bermulanya Program Kluster Kecemerlangan Bola Sepak di sekolah ini. Pada sesi pemilihan pemain untuk diserapkan dalam Pasukan Tunas dan Elit Sekolah, sebahagian besar murid lelaki hadir untuk menunjukkan bakat.
Selamat Berjaya

Bersemangat
Puan Guru Besar bersama barisan Kejurulatihan 

TERBAIK : Bertindak Mengikut Arahan
Latihan Asas bermula

Ada gaya Juara

Meriah



Tuesday, January 10, 2012

AKTIVITI KOKURIKULUM 2012 BERMULA


KUALA BERANG (10 Januari 2012) : Hari ini merupakan hari pertama Kokurikulum (Unit Beruniform) di sekolah ini. Kesemua unit beruniform termasuk TKRS, Pengakap, PBSM dan Puteri Islam mengadakan interaktif/perjumpaan sulung dengan membuat pemilihan kepimpinan unit beruniform masing-masing dan perbincangan mengenai Takwim Aktiviti Tahunan.

Selamat berinteraktif....



Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) 2012

Puteri Islam 2012

Pengakap 2012

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) 2012


arms/sksbrg2012

Monday, January 9, 2012

PEPERIKSAAN TOV SEKOLAH 2012

Murid Tahun 6 al-Bukhari (6 Waja) sedang menduduki
 peperiksaan TOV Sekolah 2012.
Murid Tahun 6 al-Muslim (6 Wira) sedang menjawab
Kertas Soalan Subjek BM Pemahaman.


KUALA BERANG (10 Januari 2012) :  Murid Tahun 6 di sekolah ini sedang mengikuti peperiksaan TOV (Take-Off Value) anjuran SK Seri Berang bermula hari ini dengan kertas BM Pemahaman dan BM Penulisan serta Matematik 2. Peperiksaan dijadual berlangsung selama 3 hari.

Selamat menjawab diucapkan kepada Murid Tahun 6 2012.

Tuesday, January 3, 2012

Carta Organisasi 2012



Sekolah Kluster Kecemerlangan

Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.

Latar Belakang

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Definisi

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Tujuan

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.

Pelaksanaan

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-
  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah
    • dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat
    • dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana
    • dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Jabatan Sekolah)
Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan stakeholder seperti PIBG, Alumi, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria pemilihan

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama

  • Pengukuran Standard Sekolah:
    • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua

  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
    • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
    • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
    • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
    • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
    • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau
    • GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat pemilihan

  • Kecemerlangan murid dalam aspek:
    • Akademik
    • Kokurikulum
    • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak
Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:
  • Langkah 1: Penerimaan pencalonan
  • Langkah 2: Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex
  • Langkah 3: Penentuan standard (standard fixing) oleh JK Pelaksana Sekolah Kluster
  • Langkah 4: Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional
  • Langkah 5: Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat
  • Langkah 6: Pengumuman oleh YB Menteri Pelajaran

Pengurusan Sekolah

Pimpinan

Pemimpin sekolah kluster ialah:
  • Pengetua/Guru Besar (DG52/DGA 36)
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang
  • Jawatan: school-based post

Guru

Guru-guru sekolah kluster pula:
  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan sama ada mereka kekal mengajar di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut niche areas sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan
  • Nisbah kelas: guru ialah 1:2

Pemilihan Pelajar

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:
  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:
  • Key Performance Indicator (KPI)
  • Pengurusan sumber manusia dan fizikal
  • Sumber kewangan
  • Pembangunan profesionalisme staf
  • Program kurikulum dan kokurikulum berkesan
  • Lulusan sekolah berkualiti: pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  • TOR Sekolah Kluster

Autonomi

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah berbentuk:
  • Umum (untuk semua sekolah)
  • Khusus (mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan niche areas).
Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada:
  • Pematuhan piawai yang berikut:
  • Akta Pendidikan 1996
  • Sistem Pendidikan Kebangsaan
  • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan dan Garis Panduan dan Surat-surat Siaran
  • SKPM
Senarai Bidang Autonomi:
  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan agensi lain

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:
  • Biasiswa
  • Kewangan/Dana
  • Program Kecemerlangan Akademik
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya

Impak

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.