Monday, February 27, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCH MARK) KE SERI BERANG



Kumpulan Guru Pelatih Sarjana Muda Pendidikan (Matematik - Sekolah Rendah)
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato' Razali Ismail,
Kuala Terengganu melakukan Lawatan Penanda Aras ke SK Seri Berang.

KUALA BERANG (28 Feb. 2012) : Seramai 26 guru pelatih opsyen Matematik (sekolah rendah) dari Institut Pendidikan Guru  Kampus Dato' Razali Ismail (IPG KDRI), Kuala Terengganu melakukan Lawatan Penanda Aras ke sekolah ini, hari ini.


Ketibaan Kumpulan Guru Pelatih diketuai
Pn. Shamsiah Hasan (Pensyarah Jabatan Matematik IPG KDRI)
disambut GPK 1 Mohamad Zaimi Mohamed.



Guru Besar meraikan ketibaan rombongan pelawat ke sekolah.

Ketibaan mereka disambut oleh kumpulan pengurusan sekolah terdiri Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran (Matematik). Lawatan bertujuan untuk melihat operasi sekolah dan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran selain mendekati warga sekolah terdiri guru-guru dan staf sokongan.



Pn. Shamsiah Hasan bertemu dan beramah mesra dengan
Guru Kanan Mata Pelajaran Matematik, Pn. Zuriati Abd Jalil.


Guru Besar menyantuni para pelawat dengan menyediakan Minum Pagi.
 

Sesi Taklimat Pengoperasian SK Seri Berang kepada
Kumpulan Guru Pelatih.

Kumpulan Guru Pelatih sedang mengikuti Sesi Taklimat
yang disampaikan Puan Guru Besar.

Bagi pihak Jawatankuasa Pembestarian dan Multimedia SK Seri Berang mengucapkan ribuan terima kasih di atas kunjungan hormat dan muhibbah.

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.


arms/berita...




Thursday, February 23, 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN FUTSAL SEKOLAH 2012

KUALA BERANG (26 Feb. 2012, Ahad) : Kejayaan Rumah-rumah sukan di sekolah ini memenangi kejohanan bola sepak dan futsal telah diraikan dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah, bertempat di Dataran Seri Berang.

Majlis Penyampaian Hadiah kepada pasukan rumah dan pemain terbaik disempurnakan oleh GPK HEM, Cg. Azmi Musa dan GPK Kokurikulum, Cg. Jamaludin Embong.


Pengarah Kejohanan, Cg. Shahidan Abu Kasim mengendalikan
Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan.
Arif Ridzuan Shahidan (Rumah Biru) muncul sebagai
Penjaring Terbanyak Murid Tahun 1. Beliau juga berjaya meletakkan
pasukannya Rumah Biru Johan Futsal Tahun 1.

Amirul Fahmi Abd Rahman (Rumah Merah) muncul Penjaring Terbanyak
Kategori Murid Tahun 2 sekaligus meletakkan Pasukan Rumah Merah
Johan Futsal Tahun 2.
Gg. Jamaludin Embong menyampaikan hadiah kepada pemain pasukan
Rumah Merah selepas memenangi kategori Tahun 3-4.
Pemain-pemain pasukan Rumah Kuning menerima hadiah daripada
GPK Kokurikulum selepas memenangi Kategori Tahun 5-6.
Bagi pihak Jawatankuasa Pembestarian dan Multimedia SK Seri Berang mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan dan kemenangan yang diperolehi. Terima kasih kepada semua Guru-guru Penasihat Rumah Sukan di atas komitmen anda.
arms/berita...

Berita Terdahulu...

 'HARIMAU KUNING' SERI BERANG
JOHAN BOLA SEPAK SEKOLAH


'Harimau Kuning' Seri Berang muncul Johan Bola Sepak Sekolah
Kategori Murid Tahun 5-6.

KUALA BERANG (Khamis, 23 FEB. 2012) : SK Seri Berang telah menganjurkan Kejohanan Futsal dan Bola Sepak Antara Rumah Sukan sekolah, bermula Selasa dan berakhir hari ini.

Murid Tahap 1 menyertai kejohanan futsal antara rumah sukan manakala murid tahap 2 bersaing dalam kejohanan bola sepak 9 sebelah.
Pasukan Rumah Kuning berjaya muncul sebagai Johan Bola Sepak Sekolah Kategori Murid Tahun 5-6 selepas mengenepikan saingan dari Rumah Biru, Merah dan Hijau. Kemenangan ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kesemua pasukan mencatatkan pungutan mata yang sama. Tendangan penyerang berbisa 'Harimau Kuning', Mohd Fizrie Abu Bakar dari Tahun 5 Al-Muslim telah membawa kemenangan bertuah kepada pasukan Rumah Kuning dengan disaksikan oleh puluhan penonton dan penyokong  di sekitar padang dan di tepian gawang gol.


Taklimat oleh Ketua urusetia kejohanan, Cg. Shahidan Abu Kasim.


Pasukan Futsal Rumah Hijau Kategori Murid Tahun 2

Syabas...Pemain Futsal Rumah Kuning Tahun 2 muncul Naib Johan.

Arif Ridzuan bin Shahidan (berbaju biru di hadapan)
 muncul Penjaring Terbanyak Kejohanan Futsal Sekolah sekaligus meletakkan
Pasukan Rumah Biru Johan Futsal Kategori Murid Tahun 1.
Saingan Futsal Murid Tahun 2 : Rumah Hijau vs Rumah Kuning.
Saingan Bola Sepak : Rumah Biru vs Rumah Hijau.

Saingan Bola Sepak : Penjaga Gol Rumah Merah (Arif Adli) gagal menghalang
sepakan penalti Rumah Biru (Shahzuwan Abd Malek).
Sepakan Penalti : Tendangan Pemain Rumah Hijau
berjaya dipatahkan Penjaga Gol Rumah Kuning.


Tendangan gol kemenangan oleh Pemain Rumah Kuning,
Ahmad Fizrie Abu Bakar.
Pasukan Rumah Kuning juga muncul Naib Johan (Tempat Kedua) dalam Kategori Murid Tahun 1 dan Naib Johan Tahun 2.


Lain-lain keputusan rasmi akan menyusul kemudian...


arms/berita...

Wednesday, February 22, 2012

MINGGU ANTI DADAH SKSB 2012 : PERTANDINGAN KUIZ DAN MELUKIS POSTER KEMPEN


Pertandingan Kuiz Tahap 2


KUALA BERANG (23 FEB. 2012) : SK Seri Berang menjalankan Pertandingan Kuiz dan Melukis Poster sempena Program Minggu Anti Dadah peringkat sekolah.

Salah seorang murid Tahap 2 sedang cuba menjawab
Kuiz Minggu Anti Dadah.


Pertandingan Melukis Poster Minggu Anti Dadah.



Persembahan Khas Murid Terpilih - Deklamasi Sajak oleh
Adik Mohd Firdaus Ibrahim (Tahun 6 At-Tirmizi) SKSB.

Urusetia program, Cg. Shahidan Abu Kasim dan Cg. Alawiah Othman bertindak mengelolakan pertandingan kuiz dan melukis poster berkenaan terbuka kepada semua murid Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6).

Semalam dijalankan pertandingan deklamasi sajak di kalangan murid Tahap 2 termasuk persembahan khas penampilan murid terpilih, adik Mohd Firdaus Ibrahim dari Tahun 6 At-Tirmizi.

arms/berita...

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM DAERAH



SYABAS : Peserta Perkhemahan unit Beruniform SK Seri Berang
bergambar kenangan dengan GPK Kokurikulum, Cg. Jamaludin Embong
selepas mereka tamat mengikuti Perkhemahan Daerah di PUSAKO SK Menerong,
Hulu Terengganu pada 21-23 Februari 2012.


KUALA BERANG (23 FEB. 2012) : Seramai 8 orang murid SK Seri Berang telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah peringkat Daerah Hulu Terengganu, bermula Selasa dan berakhir hari ini.

Perkhemahan selama tiga hari itu dijalankan di Pusat Kokurikulum (PUSAKO) SK Menerong, Kuala Berang.

arms/berita...




Sunday, February 19, 2012

1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

KUALA BERANG (19 FEB. 2012) : SK Seri Berang sedang melangsungkan Minggu Anti Dadah di peringkat sekolah bermula hari ini hingga 23 Februari depan.



Ucapan Perasmian oleh Pn. Guru Besar.

Warga Sekolah sedang mengikuti ucapan perasmian oleh Guru Besar.

Pelancaran dirasmikan oleh Pn. Hasnah Hasan, Guru Besar SK Seri Berang. Majlis pelancaran juga diserikan dengan bacaan Perutusan Khas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh GPK Pentadbiran, Cg. Mohamad Zaimi Mohamed dan Perutusan Khas PPD Hulu Terengganu disampaikan oleh  GPK HEM, Cg. Azmi Musa.


GPK Pentadbiran sedang menyampaikan Perutusan Khas
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.



GPK HEM sedang menyampaikan Perutusan Khas
oleh Pegawai  Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.


Nyanyian Lagu DADAH DURJANA sebagai kemuncak
majlis perasmian Minggu Anti Dadah.

Pelbagai aktiviti dirangka untuk menjayakan sambutan minggu ini. Antaranya ialah pertandingan mewarna poster (Murid Tahun 1-3), membuat buku skrap (Murid Tahun 4-5), pertandingan menulis esei (Murid Tahun 6), pertandingan deklamasi sajak (Tahun 3-6) dan Pertandingan Kuiz Tahap 2 (Murid Tahun 4,5 dan 6).
arms/berita...

Friday, February 17, 2012

MAULIDUR RASUL 1433H/2012M : SERI BERANG ANTARA 3 TERBAIK DAERAH


TAHNIAH ... Guru Besar meraikan kejayaan kontinjen perarakan sekolah.

KUALA BERANG (19 FEB. 2012) - Kontinjen Sekolah dalam Perarakan Maulidur Rasul 1433H/2012 diraikan oleh Pn. Hasnah binti Hasan, Guru Besar SK Seri Berang dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah, hari ini.



BERITA TERDAHULU :


KUALA BERANG (18 Feb. 2012) : KONTINJEN PERARAKAN SK Seri Berang muncul di antara tiga terbaik di peringkat daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Malidur Rasul 1433H/2012M yang berakhir di Padang Astaka Hulu Terengganu. Sebanyak 180 buah Kontinjen mengikuti perarakan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Kontinjen sekolah dengan kekuatan 42 orang murid dan 5 orang guru penuh bersemangat mula berarak dari Padang Bola Kg Butut sejak awal pagi lagi.

Sambutan Maulidur Rasul di peringkat daerah dikelolakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Hulu Terengganu. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu bertindak sebagai Urusetia Kehakiman Perarakan.

Kejayaan Kontinjen Perarakan SK Seri Berang sebagai Kontinjen Ke-3 Terbaik Daerah (Kategori Sekolah Rendah) diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Perarakan yang disempurnakan oleh YBM Dato' Tengku Putera Tengku Awang, Yang Dipertua DUN Terengganu.

Tahniah dan Syabas diucapkan.


SEMANGAT... bersiap dari awal pagi



Bergambar kenangan bersama YB ADUN Ajil
dan YB Ahli Parlimen Hulu Terengganu


SOKONGAN... Guru Besar turut turun padang



BERMULA... Kontinjen SK Seri Berang mula berarak



SEGAK BERGAYA...Guru-guru dan Anggota Perarakan SK Seri Berang
ketika melalui Jalan Seri Berang ke Kg. Bukit Tok Bat.





TERBAIK... Bergambar Kenangan Bersama

PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

Guru Besar memimpin Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1433H/2012
Peringkat Sekolah.

KUALA BERANG (16 Feb. 2012) : SK Seri Berang telah mengadakan sambutan Malidur Rasul 1433H/2012M bertempat di Dewan Solat (Aras Bawah), Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Sambutan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah.



Murid Lelaki mengambil tempat di ruang Dewan Solat (Aras Bawah)
Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.
 
Murid Perempuan di sekitar sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Penceramah Jemputan memeriahkan majlis.


Guru Besar merasmikan Majlis Sambutan
Maulidur Rasul 1433H


Wakil Murid Rumah Sukan - Merah
menerima Piala Pusingan Johan Perarakan MR-1433H

Seramai 430 murid berserta 40 guru dan kakitangan sokongan berarak bermula SK Seri Berang menuju ke masjid tersebut melalui Perumahan Tanah Lot Jalan Pusara, Kuarters TNB dan Jalan Klinik/Masjid. 5 pasukan perarakan memeriahkan perarakan melibatkan penyertaan kontinjen rumah sukan Merah, Hijau, Biru dan Kuning.

Di masjid, pihak sekolah menjalankan Ceramah Khas Maulidur Rasul disampaikan Ustaz Khairul Anuar Abd Wahab yang diundang khas oleh Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu.


Bacaan Doa Penutup.

Di penghujung majlis, Kontinjen Perarakan Rumah Sukan Merah diumum sebagai kontinjen terbaik diikuti rumah Hijau, Biru dan Kuning. Majlis berakhir dengan bacaan doa penutup disampaikan Cg. Zulkiflee Mohd Nor (Guru Pemulihan).

arms/berita...

Friday, February 10, 2012

SERI BERANG DALAM KELOMPOK 5 TERBAIK BADMINTON DAERAH 2012


TAHNIAH : Pemain dan Penyokong Team Badminton SK Seri Berang
meraikan kejayaan dalam Perseorangan L9 dan P12.

KUALA BERANG (10 Feb. 2012) : SK Seri Berang berjaya memperolehi Pemenang Tempat Ke-3 Daerah  menerusi Adik Mohd Khoirun Hakimi bin Rospi (Perseorangan Lelaki Tahap 1 / Bawah 9 Tahun) dan Nur Zahirah binti Zulkifli (Perseorangan Perempuan Tahap 2 / Bawah 12 Tahun) di Kejohanan Badminton Sekolah Rendah MSSD Hulu Terengganu 2012.


SYABAS : Khoirun Hakimi menerima hadiah
daripada Setiausaha Persatuan Badminton Daerah Hulu Terengganu (PBDHT).

TAHNIAH : Nur Zahirah menerima hadiah
daripada Pegawai Khas PPD Hulu Terengganu.

Nur Zahirah (Tempat ke-3 Perseorangan Perempuan -P12)
dan Khoirun Hakimi (Tempat Ke-3 Perseorangan Lelaki - L9)

Kejohanan yang berlangsung di Dewan Intan SMK Tengku Ampuan Intan, di sini menyaksikan peningkatan pasukan pemain badminton sekolah pada tahun ini setelah mereka mara ke peringkat Suku Akhir (Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun, Perseorangan Perempuan Bawah 9 Tahun) dan Separuh Akhir (Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun dan Perseorangan Lelaki Bawah 9 Tahun).


Mohd Shahzuwan Abdul Malek
(Perseorangan Lelaki Bawah 12 Tahun)


Berikut adalah Jadual 1 yang menerangkan prestasi pemain badminton sekolah di kejohanan MSSD 2012 :

JADUAL 1

Perseorangan Lelaki                           Pencapaian                 Pungutan Mata

Mohd Shahzuwan Abd Malek                Suku Akhir                            3
(Bawah 12 Tahun)

Mohd Khoirun Hakimi bin Rospi            Separuh Akhir                        5
(Bawah 9 Tahun)


Perseorangan Perempuan                  Pencapaian

Nur Zahirah Zulkifli                              Separuh Akhir                        5
(Bawah 12 Tahun)

Arifah Mohd Yassin                              Suku Akhir                             3
(Bawah 9 Tahun)




Pemain yang berjaya bergambar selepas majlis penyampaian hadiah.

 Pasukan Badminton SK Seri Berang peroleh 16 mata sekaligus berada dalam kelompok 5 sekolah rendah terbaik dalam kejohanan pada kali ini. Selepas majlis penyampaian hadiah berakhir, Mohd Shahzuwan Abd Malek dan Nur Zahirah Zulkifli  telah diumum untuk menyertai Pasukan Badminton MSSD Hulu Terengganu (Sekolah Rendah) ke Kejohanan Badminton Negeri MSST di Setiu, 16-18 Februari 2012.



Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan ini.



arms/berita....