Saturday, October 6, 2012

16 OKTOBER JADI PENENTU


KUALA BERANG : 16 OKTOBER 2012 akan datang akan menjadi penentu kepada Pasukan ICT SK Seri Berang yang telah masuk bertanding dalam membina Projek ICT untuk Kategori Sekolah Rendah peringkat Kebangsaan ( BEST OF PRIMARY STUDENT PROJECT) sempena MSC Malaysia APICTA Award 2012.

Pasukan ICT SK Seri Berang yang terdiri daripada Adik Ahmad Firdaus Yusoff, Adik Syed Shafiy Syed Azeli, Adik Iffah Afiqah Yusri dan Adik CK Umairah CKM Mazuki telah membentangkan Projek Ict menggunakan perisian Flash bagi membina satu "Digital Story Telling" pada bulan Ogos yang lalu di MSC Cyberjaya.

Pasukan ICT SK Seri Berang 2012
Pasukan ICT SK Seri Berang akan bersaing hebat dengan 4 lagi sekolah iaitu SK Dua Sungai, SK Putrajaya Presint 11 (1), SKJ(T) Kulim dan SKJC Sin Kwang.

Bergambar kenangan bersama Guru Pengiring
Untuk pengetahuan, MSC Malaysia APICTA Award 2012 akan diadakan pada 16 Oktober ini di Sime Darby Convention Centre Kuala Lumpur. Semoga SK Seri Berang akan menjadi pasukan Terbaik daripada lima pasukan yang terpilih ke peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment