Tuesday, February 23, 2010


Sekolah Kebangsaan Seri Berang telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Jun 2001. Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan yang ke 42 di Daerah Hulu Terengganu. Letaknya 45 km dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu dan 1.5 km dari pusat bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
  Pada tahun pertama penubuhan, urusan pentadbiran sekolah  terpaksa beroperasi dengan menumpang bangunan di Sekolah  Kebangsaan Kuala Berang, Hulu Terengganu. Pada masa itu, pembinaan bangunan sekolah belum siap sepenuhnya  mengikut jadual pelaksanaan. Seramai  155 orang pelajar  telah mendaftarkan diri. Perjawatan diisi dengan seorang guru besar, tujuh orang guru akademik dan dua orang staf sokongan. Guru Besar yang pertama yang dilantik ialah Tuan Haji Barruddin  bin  Suda.
            SK Seri Berang beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri bermula 6 Januari 2002 . Bilangan murid telah bertambah kepada 250 orang dengan bilangan guru mencecah kepada 16 orang. Tanggal 10 Okt 2002,jawatan Guru Besar disandang oleh Tn Baruddin bin Sudar. Kemudian Puan Hasnah bt hasan (2002-2014). SK Seri berang terus berkembang dan melakar sejarah tersendiri bilamana dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada September 2011. Puan Nurani bt Lebai Abdul menerajui SKSB bermula 2014-2018. Bermula Disember 2018 sehingga sekarang diterajui oleh Pn Hayati bt Osman.

  SK Seri Berang terus berkembang dan melakar sejarah tersendiri dari semua aspek. Semoga SK Seri Berang terus melestarikan kecemerlangan dan mencipta kejayaan dalam kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah murid selari dengan misi bagi memenuhi aspirasi negara.


No comments:

Post a Comment