Monday, September 27, 2010

Penempatan EIO beri kesan memuaskan


KUALA TERENGGANU 27 Sept. – Penempatan Eksekutif Teknologi Maklumat (EIO) di 348 buah sekolah rendah dan menengah di negeri ini mampu menambah baik pengurusan dan penggunaan e-Book dalam kalangan pelajar.
Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud berkata, penempatan mereka diperlukan kerana pengunaan buku elektronik itu sehingga kini telah melibatkan lebih 72,000 pelajar dan ia memerlukan pemantauan rapi dan berterusan.
“Prestasi EIO sangat memuaskan kerana dengan adanya kelas maya dan sekolah maya, kita sangat memerlukan penglibatan dan sokongan tenaga pakar bagi memastikan prasarana yang disediakan dapat beroperasi dengan lancar,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Penyerahan e-Book Tahun Empat peringkat negeri dan Dewan Undangan Negeri Tepoh yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.

Sumber: Utusan Online

No comments:

Post a Comment