Sunday, February 27, 2011

Mesyuarat Pengurusan J'kuasa Program j-QAF Daerah 2011


 Wan Fauzi (Tengah) sedang menyampaikan tips penting
ketika mempengerusikan mesyuarat j-QAF daerah.

KUALA BERANG : Semua guru program j-QAF perlu bekerja keras dalam memperkasakan sistem Pendidikan Islam di sekolah rendah. Pen. Pengarah (Operasi j-QAF) Sektor Pendidikan Islam JPNT, Ustaz Wan Fauzi Wan Mahmood berkata pencapaian 2005-2010 telah menghasilkan pencapaian yang positif dalam semua model program j-QAF. Walau bagaimanapun, murid-murid berkeperluan termasuk pemulihan jawi, literasi quran dan solat perlu diberi pengukuhan dan bimbingan berterusan. Ini bertujuan memastikan murid berkenaan menguasai semua kemahiran dalam model program tersebut sekurang-kurangnya pada aras pertama/menguasai sederhana. Wan Fauzi berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Program j-QAF Daerah Hulu Terengganu di PPD Hulu Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir ialah Penyelia Kanan Pendidikan Islam, Ustaz Idris Sulong, Penyelia Pendidikan Islam PPD Hulu Terengganu, Ustaz Ahmad Tajuddin Mahmood dan Pengerusi J'kuasa j-QAF daerah yang juga Penyelaras j-QAF SK Seri Berang, Azarul Mat Said.

Program j-QAF mula diperkenalkan di sekolah rendah sejak 2005 dan dilaksanakan di 5 buah sekolah pada tahun tersebut. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Kua, SK Kuala Berang, SK Tengkawang, SK Bukit Perah dan SK Telaga.

No comments:

Post a Comment