Saturday, May 7, 2011

NUR ADRERA QARIAH TERBAIK KE-3 DI NEGERI TERENGGANU

NUR ADRERA BINTI KASIM
(Tahun 6 Waja)
 KUALA BERANG (7 Mei 2011) : SK Seri Berang telah mencipta kegemilangan dalam bidang Pendidikan Islam apabila qariah sekolah, Nur Adrera Kasim memenangi tempat ke-3 dalam Musabaqah Tilawah al-Quran (MTQ) peringkat Negeri Terengganu, petang ini.

Nur Adrera yang sebelum ini merupakan johan qariah daerah telah mewakili Hulu Terengganu ke MTQ peringkat negeri yang dilangsungkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Jalan Kuala Berang ke Sg. Tong.

Kumpulan Kompang Seri Berang
sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat majlis penutup.

Pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam JPNT
sedang menunggu ketibaan tetamu kehormat majlis.


Tetamu kehormat majlis, YB Ahli Parlimen Hulu Terengganu
dan Y.Bhg. Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri.

SEGAK : Kumpulan Kompang dan Penyambut Tetamu
adalah antara murid SK Seri Berang yang bertugas
di MTQSS KPM Peringkat Negeri Terengganu 2011.

Nur Adrera (kanan) bergambar bersama Johan (tengah) dan
Naib Johan (kiri).

Nur Adrera memperolehi markah 76.5, berbanding Naib Johan (77.5) dan Johan 78.5.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan cemerlang Nur Adrera Kasim.

arms/berita...

No comments:

Post a Comment