Sunday, October 2, 2011

SK SERI BERANG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 5



PETALING JAYA (2 Oktober 2011) : SK Seri Berang secara rasminya telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

Sekolah Kluster diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia.




Guru Besar menerima Sijil Pengiktirafan SK Seri Berang
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5
Tahun 2011.

Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan dan Pembantu Tadbir, Pn. Baidatul Suhana telah dijemput ke Majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster pada 27 September lepas bertempat di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.



Guru Besar (kanan) dan Pembantu Tadbir bersama-sama
memegang Sijil Pengiktirafan SK Seri Berang
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Abd. Ghafar Mahmud.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan untuk pelaksanaan kebitaraan Pendidikan Bahasa Inggeris dan sukan Bola Sepak.


Guru Besar (berdiri 4 dari kiri) bersama Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 bergambar kenangan
dengan Jemputan Majlis dan Pegawai Kanan KPM.
 
Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.


IMBASAN : Panel Penilai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM
telah datang membuat penghakiman ke atas pencalonan
SK Seri Berang sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5.


KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI
SEKOLAH KLUSTER :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_kluster


Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga SK Seri Berang.
SERI BERANG BOLEH!



arms/berita...


1 comment:

Amirol Najmi said...

bangga jadi warga sksb hingga 2009.....
pengetua sekOlah saya pOwn ada...sekOlah menengah agama atas sultan zainal abidin....berdiri barisan ketiga tiga dari kiri....hehe

Post a Comment