Tuesday, November 15, 2011

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2011

Nur Adrera (tengah), bergambar kenangan bersama ibubapa dan VIP
KUALA BERANG (15 NOVEMBER 2011) : Hari ini menjadi detik paling manis buat NUR ADRERA KASIM apabila telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Terbaik Keseluruhan 2011 sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Graduasi Prasekolah 2011. Majlis yang berlangsung di Dewan SK Seri Berang ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu.

 Majlis turut meraikan Graduan-graduan Prasekolah SK Seri Berang 2011, Pelajar-pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011 dan juga Pelajar-pelajar yang mengharumkan nama sekolah.

Majilis turut mengumumkan tokoh-tokoh pelajar 2011 mengikut kategori-kategori yang telah ditetapkan,
Tokoh Terbaik Ko-Akademik (L)  : MUHAMMAD SAFWAN BIN RAMLAN
                                                (P)  : NUR ZAHIRAH FARAHIN BINTI JALALUDIN
Tokoh Terbaik Ko-Kurikulum (L)   : MUHAMMAD IKHMAL HAIQAL ABDULLAH
                                                (P)  : NUR FATIN NAJIHAH BINTI  SALIM
Tokoh Terbaik Akademik (L)        : MUHAMMAD NUZUL HAZIQ BIN MAZLAN
                                        (P)         : NIK NUR AMIRAH BINTI ZULKIFLY 

Tahniah dan syabas diucapkan  kepada semua pelajar yang diraikan. Semoga ini menjadi dorongan untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

sksb/mrd
GAMBAR-GAMBAR ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2011

No comments:

Post a Comment