Wednesday, November 16, 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011 : SERI BERANG CATAT 30 MURID CEMERLANG 5A


TAHNIAH : 30 murid peroleh 5A UPSR 2011.

KUALA BERANG (17 November 2011) : Hari terakhir sesi persekolahan 2011 di SK Seri Berang memberikan kenangan yang paling manis apabila mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR tahun ini.

Seramai 30 calon peperiksaan daripada 90 murid Tahun 6 memperoleh keputusan 5A iaitu 33.3 peratus manakala Peratus Lulus Semua Mata Pelajaran (LSMP) ialah 97.7%.

Kecemerlangan UPSR SK Seri Berang turut diraikan oleh para Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu apabila sekolah ini juga mencatatkan keputusan bilangan tertinggi murid 5A di daerah ini.



TERBAIK BILANGAN MURID  5A
DI DAERAH HULU TERENGGANU UPSR 2011:
 Pen. PPD (Pengurusan Sekolah) En Jalaludin Ismail dan Pen. PPD (Pengurusan Kurikulum)
En Hasma Suhaimi Sulaiman meninjau analisa
Keputusan Cemerlang UPSR 2011 SK Seri Berang.

Penolong Pegawai Pelajaran (PPPD) Hulu Terengganu (Pengurusan Sekolah), En. Jalaludin Ismail dan PPPD (Pengurusan Kurikulum) En. Hasma Suhaimi Sulaiman melakukan kujungan hormat ke sekolah ini untuk menyampaikan salam tahniah bagi pihak Tuan Pegawai Pelajaran Daerah. Mereka berdua juga adalah bapa kepada dua orang calon di sekolah ini yang turut memperoleh keputusan cemerlang 5A.



Nur Zahirah binti Jalaludin (Tahun 6 Waja) begitu terharu memperoleh 5A
selepas mendapatkan slip keputusan UPSR 2011 daripada Pn. Guru Besar.


Nur Dayana Fakhira binti Hasma Suhaimi (Tahun 6 Waja) menangis kegembiraan
selepas diumumkan 5A UPSR 2011 sambil diraikan
oleh kedua ibu bapa dan Pn. Guru Besar.

"KAMI PUN BERJAYA...."
Gelagat Murid Tahun 6 Perdana meraikan kejayaan mereka
dalam UPSR 2011.

"Aku berjaya......syukur"
Itulah kejutan oleh Amirul Safwan bin Zainol (Tahun 6 Perdana)
selepas mengetahui keputusannya dalam  UPSR 2011 sambil diperhatikan oleh
guru kelasnya, Cg. Kamariah Abdullah dan Tcr. Salmah Mohamed.




SKSB@ARMS2011..



No comments:

Post a Comment