Wednesday, January 18, 2012

BADMINTON 2012 : SERI BERANG SEDIA MEMBERI TENTANGAN



Latihan Beregu L12 dijalankan setiap petang hari persekolahan.

KUALA BERANG (19 Januari 2012) : Pasukan Badminton SK Seri Berang siap sedia menyertai Kejohanan Badminton Sekolah Rendah peringkat daerah pada 9-11 Februari depan. Kejohanan akan berlangsung di SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang.

Latihan giat dijalankan di gelanggang badminton sekolah dan dikelolakan oleh Ustaz Azarul. Manakala pengurusan pasukan perempuan (P12) diuruskan oleh Pn Mariati Baharudin, Ustazah Hjh Saadiah dan Pn Wan Sabariah Wan Yusof.


Pemain Badminton Seri Berang menduduki Ujian TID Daerah  2011
anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu. Dua pemain beregu sekolah
berjaya lulus dan mara ke Ujian TID Negeri.


Mohd Alif Zikri bin Zulkifli sedang menjalani Ujian TID Daerah 2011
dalam slot ketangkasan tangan.


Bergambar kenangan dengan Pegawai MSN selepas
Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Ujian TID Badminton Daerah 2011.


Pada 2011 lalu, Seri Berang berada di kedudukan kelompok 5 terbaik di daerah selepas beregu lelaki dan perseorangan perempuan mara ke Separuh Akhir. Dua pemain beregu L12 turut menyertai Pasukan Badminton Daerah ke kejohanan negeri di Kemaman.

Semoga pasukan Seri Berang lebih gemilang pada tahun 2012 ini.

arms/berita...

No comments:

Post a Comment