BERITA TERDAHULU :
KUALA BERANG (18 Feb. 2012) : KONTINJEN PERARAKAN SK Seri Berang muncul di antara tiga terbaik di peringkat daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Malidur Rasul 1433H/2012M yang berakhir di Padang Astaka Hulu Terengganu. Sebanyak 180 buah Kontinjen mengikuti perarakan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Kontinjen sekolah dengan kekuatan 42 orang murid dan 5 orang guru penuh bersemangat mula berarak dari Padang Bola Kg Butut sejak awal pagi lagi.
Sambutan Maulidur Rasul di peringkat daerah dikelolakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Hulu Terengganu. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu bertindak sebagai Urusetia Kehakiman Perarakan.
| TAHNIAH ... Guru Besar meraikan kejayaan kontinjen perarakan sekolah. |
KUALA BERANG (19 FEB. 2012) - Kontinjen Sekolah dalam Perarakan Maulidur Rasul 1433H/2012 diraikan oleh Pn. Hasnah binti Hasan, Guru Besar SK Seri Berang dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah, hari ini.
BERITA TERDAHULU :
KUALA BERANG (18 Feb. 2012) : KONTINJEN PERARAKAN SK Seri Berang muncul di antara tiga terbaik di peringkat daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Malidur Rasul 1433H/2012M yang berakhir di Padang Astaka Hulu Terengganu. Sebanyak 180 buah Kontinjen mengikuti perarakan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Kontinjen sekolah dengan kekuatan 42 orang murid dan 5 orang guru penuh bersemangat mula berarak dari Padang Bola Kg Butut sejak awal pagi lagi.
Sambutan Maulidur Rasul di peringkat daerah dikelolakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Hulu Terengganu. Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu bertindak sebagai Urusetia Kehakiman Perarakan.
Kejayaan Kontinjen Perarakan SK Seri Berang sebagai Kontinjen Ke-3 Terbaik Daerah (Kategori Sekolah Rendah) diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Perarakan yang disempurnakan oleh YBM Dato' Tengku Putera Tengku Awang, Yang Dipertua DUN Terengganu.
Tahniah dan Syabas diucapkan.
| SEMANGAT... bersiap dari awal pagi |
![]() |
| Bergambar kenangan bersama YB ADUN Ajil dan YB Ahli Parlimen Hulu Terengganu |
![]() |
| SOKONGAN... Guru Besar turut turun padang |
| BERMULA... Kontinjen SK Seri Berang mula berarak |
| SEGAK BERGAYA...Guru-guru dan Anggota Perarakan SK Seri Berang ketika melalui Jalan Seri Berang ke Kg. Bukit Tok Bat. |
| TERBAIK... Bergambar Kenangan Bersama |


No comments:
Post a Comment