KUALA BERANG (30 OGOS 2012) : Dua orang murid SK Seri Berang terpilih bagi mewakili SK Seri Berang dalam Ujian Pencarian Bakat UKM2 bagi tahun 2012 iaitu Adik Nur Nabila Syafikah (5 Al Muslim) dan Adik Nurul Anis Syakirah bt Mohamad Zaimi (4 Al Muslim).
Ujian yang dijalankan di Makmal Komputer SMK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang selama 3 jam bermula jam 8 pagi hari ini telah menghimpunkan seramai 18 orang calon dari seluruh daerah Hulu Terengganu. Ujian ini adalah kesinambungan daripada Ujian UKM1 yang telah diadakan bermula bulan April sehingga 6 Julai 2012.
Ujian PERMATApintar UKM2 adalah ujian saringan kedua. Ia mempunyai 15 bahagian yang
menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian
simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Untuk
menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama
iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1.
Ujian dalam talian ini dilakukan secara terkawal di pusat-pusat ujian, sama seperti
peperiksaan utama negara seperti UPSR, PMR dan SPM yang melibatkan Ketua Pengawas,
Pengawas dan Pemantau UKM dan KPM.
Pelajar yang berjaya melalui Ujian Saringan UKM1 dan UKM2 akan mengikuti Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara. Perkhemahan ini dijalankan pada masa cuti persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan
November dan Disember. Program yang dijalankan selama 3 minggu di UKM ini dikendalikan
oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar
UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University – Center for Talented
Youth. Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti
kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama
masing-masing dan lawatan sambil belajar.Semoga pelajar SK Seri Berang berjaya mendapat tempat di Program Perkhemahan itu nanti.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMATA PINTAR DISINI
No comments:
Post a Comment