Monday, November 19, 2012

18 MURID BERJAYA 5A UPSR 2012

Siti Nurizza Hanis binti Che Zainun @ Zainudin antara murid perempuan
berjaya memperolehi keputusan 5A dalam UPSR 2012.


KUALA BERANG (19 November 2012) : Seramai 18 murid Tahun 6 di sekolah ini berjaya memperolehi 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2012. SK Seri Berang tidak terkecuali menerima tempias iklim penurunan apabila prestasi 5A dalam UPSR di peringkat negara pada tahun ini menurun kepada 0.45%.

Menurut Pengarah Pelajaran Terengganu,  Zakaria Hussin, seramai 3,012 dari 22,790 calon di Terengganu berjaya memperolehi keputusan cemerlang semua 'A',  merosot kepada 13.22% (2012) berbanding 15.56% tahun lepas (2011).

Berikut adalah 18 murid yang berjaya mencatat keputusan 5A UPSR 2012 :

1) Ahmad Haikal bin Mutufarudin
2) Amira Hartini binti Zamzan
3) Ashfaal Airiel Baihaqi bin Ayub
4) Huda binti Mohamad Azman
5) Muhammad Asyraf bin Muhammad Noor
6) Muhammad Ezzuan Eskandar bin Ezani
7) Nur Alyani Nadirah binti Samani
8) Nur Amalia Syahira binti Nor Alimi
9) Nur Amiera Ellyyana binti Mansor
10) Nur Azreen Fitrah binti Hamdan
11) Nur Hafizah binti Mahzan @ Zulkifli
12) Nur Irsalina binti Hisham
13) Nur Syalisa binti Sahumi
14) Nurul Hannani binti Mohd Shamsuddin
15) Siti Nurizza Hanis binti Che Zainun @ Zainudin
16) Wan Fatimatun Najwa binti Wan Faizal
17) Khalisah Sofya binti Mohd Yusof
18) Muhammad Ammar Zuhair bin Azhar

Muhammad Ezzuan Eskandar bin Ezani dari Tahun 6 al-Bukhari berjaya mencatat
keputusan 5A UPSR 2012. Ibu beliau (kanan sekali) Tcr. Salmah Mohamed
bertugas sebagai Guru English UPSR di SK Seri Berang.



Tokoh Kecemerlangan Akademik (Lelaki) SK Seri Berang 2012,
Muhammad Asyraf bin Muhammad Noor turut cemerlang dengan
5A UPSR 2012.

Tokoh Kecemerlangan Akademik (Perempuan) SK Seri Berang 2012,
Nur Hafizah binti Mahzan @ Zulkifli cemerlang dengan
keputusan 5A UPSR 2012.



Pengerusi Kelab Bahasa Arab Program j-QAF SK Seri Berang Sesi 2011-2012,
ASHFAAL AIRIEL BAIHAQI BIN AYUB turut mencipta
kecemerlangan 5A UPSR 2012.


Tahniah...

Seramai 70 murid Tahun 6 di sekolah ini menduduki ujian berkenaan. Sekolah ini mempunyai 3 kelas Tahun 6 iaitu 6 al-Bukhari, 6 al-Muslim dan 6 at-Tirmizi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjaya.



Ikhlas daripada :


azarul76@gmail.com
Unit Multimedia dan Pembestarian
SK Seri Berang
Sesi 2012.

No comments:

Post a Comment