Keadaan banjir kilat yang pernah berlaku di SK Seri Berang sebelum ini dikatakan berpunca daripada sistem perparitan berhampiran yang tidak dapat menampung limpahan air hujan. |
KUALA BERANG (25 Disember 2012) : Kuala Berang mula dilanda banjir selepas hujan lebat beberapa hari dalam minggu ini. Jalan utama Kuala Terengganu ke Kuala Berang ditutup kepada semua lalulintas di Batu 24 (berdekatan Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu) selepas dinaiki air akibat limpahan sungai berhampiran. Para pengguna jalan raya yang ingin ke Kuala Berang boleh menggunakan laluan alternatif Wakaf Tapai-Tanggol-Kuala Berang sejauh 15 KM.
Turut terjejas dalam kejadian banjir tersebut Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan, di sini. Ketika ini pihak sekolah sedang rancak membuat persiapan penggal persekolahan sesi 2013 yang bermula minggu depan.
Dalam perkembangan berkaitan, SK Seri Berang belum terlibat dengan ancaman banjir di musim tengkujuh kali ini.
DITUTUP KEPADA SEMUA LALU LINTAS Jalan Besar Di Batu 24, Kuala Berang dinaiki air hari ini. |
Keadaan banjir di SK Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang. |
Limpahan air sungai berdekatan menenggelam keseluruhan kawasan SK Tengku Ampuan Intan. (Gambar dipetik dari Jalan Utama ke Kuala Berang) |
Jalan masuk ke SMA Mahmudiah ditenggelami air melebihi 0.5 meter. (Gambar dipetik dari Jalan Utama ke Kuala Berang) |
AMARAN HUJAN LEBAT : Ramalan Cuaca Hujan negeri Terengganu berada di tahap Amaran Jingga (sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia) |
Berikut adalah ramalan cuaca seminggu bagi daerah Hulu Terengganu
yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia :
| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
| |||||||||||
|
arms/berita....
azarul76@gmail.com
No comments:
Post a Comment