Sunday, January 27, 2013

TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTIMU

KUALA BERANG (26 Jan 2013) : SK Seri Berang disulami kesedihan berikutan berakhirnya tempoh perkhidmatan Ustaz Azarul Razamin bin Mat Said di sini apabila beliau telah bertukar ke SK Medan Jaya, Marang, Terengganu.


Unit Pembestarian dan Multimedia Sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz kerana sepanjang bersama di unit ini, Ustaz Azarul banyak membantu dari segi idea dan kudrat dalam merencanakan program-program yang dijalankan unit ini. Antaranya, Ustaz merupakan salah seorang yang banyak menyumbangkan tulisannya di Portal Rasmi ini, selain pernah menjadi Fasilitator untuk Kursus LADAP Unit ICT untuk staf-staf di sekolah ini.





Antara kenangan Ustaz Azarul di SK Seri Berang

Bagi pihak Pengurusan Sekolah dan seluruh warga SK Seri Berang mengucapkan Selamat Maju Jaya buat Ustaz. Semoga SK Seri Berang terus dikenang..tempat bermain dikenang jua, inikan pula tempat mendidik.


Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi


No comments:

Post a Comment