Thursday, January 31, 2013

Seri Berang Kontinjen Terbaik Daerah

CERIA : Bergambar bersama Menteri Besar Terengganu selepas Majlis

KUALA BERANG (31 JAN 2013) : KONTINJEN PERARAKAN SK Seri Berang muncul Johan Perarakan kategori Sekolah Rendah  peringkat daerah Hulu Terengganu sempena sambutan Malidur Rasul 1434H/2013M yang berakhir di Padang Astaka Hulu Terengganu. Sekurang-kurangnya 18000 orang mengikuti perarakan kali ini yang bertemakan "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". 
Kontinjen SKSB bersiap sedia untuk memulakan Perarakan

Kontinjen sekolah dengan kekuatan 250 orang murid (30 peserta Perarakan) dan 25 orang guru penuh bersemangat mula berarak dari Padang SK Tengku Ampuan Intan sejak awal pagi lagi.Sambutan Maulidur Rasul di peringkat daerah dikelolakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Hulu Terengganu.

Kejayaan Kontinjen Perarakan SK Seri Berang sebagai Kontinjen Terbaik Daerah (Kategori Sekolah Rendah) diraikan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Perarakan yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Ahmad bin Said , Menteri Besar Terengganu.

Beliau sebelum itu mengetuai perarakan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan berakhir di padang Astaka Kuala Berang yang turut disertai 225 kontinjen termasuk jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bergambar Kenangan bersama Hadiah Kemenangan

Tahniah dan Syabas diucapkan.

No comments:

Post a Comment