Monday, March 18, 2013

MTQ DAN NASYID ZON KDSR 2 BERJAYA


Che Ku Nur Umairah menerima Medal Kemenangan daripada Puan Guru Besar
SK TAPAH (18 MAC 2013) : Pasukan MTQ dan Nasyid SK Seri Berang memberikan saingan sengit dalam Pertandingan MTQ dan Nasyid zon KDSR 2 yang berlangsung di SK Tapah.
Peserta bersama Hadiah kemenangan masing-masing
Pasukan Soutul Hasan berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan nasyid, Abdul Muin Japar mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bercerita Lelaki, dengan cerita kisah Naib Daud Alaihissalam, Nur Ain Sofea binti Muhammad Noor mendapat Johan dalam Pertandingan Bercerita Perempuan .

Bergambar kenangan bersama Guru Pengiring
Dalam pertandingan Hafazan, cuma Muhammad Haikal bin Hamdan yang mendapat Naib Johan.
Seperti yang dijangkakan, Che ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd yang menjadi peserta tilawah Perempuan berjaya mendapat Johan selepas memperdengarkan bacaan Al-Quran bermula ayat 106 surah Al-Imran  manakala Muhammad Hayqal bin Ab. Hamid mendapat Naib Johan.
Persembahan Pasukan Soutul Hasan SK Seri Berang
Tahniah dan syabas diucapkan, semoga berjaya dalam MTQ Daerah yang akan berlangsung pada 03 April 2013 di SMK Bukit Diman.

No comments:

Post a Comment