Monday, May 13, 2013

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA DINANTIKAN MURID SK SERI BERANG


SK SERI BERANG(13 MEI 2013) : SK Seri Berang menyahut hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas apabila tidak pernah ketinggalan bersama-sama dengan lebih tiga juta pelajar di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara menikmati susu Program Susu 1Malaysia. 
Goncang pek susu sebelum minum
         Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Murid Tahun 1 SK Seri Berang juga tidak ketinggalan menikmati Susu 1Malaysia
      Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah  membantu pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang mencukupi.
Murid-murid SK Seri Berang mengangkat kotak SUSU 1MALAYSIA tanda sedap

No comments:

Post a Comment