Tuesday, June 11, 2013

LAWATAN KE KARNIVAL SAINS SMK TAPU

SMK TAPU (11 JUN 2013) : Seramai 8 orang murid SK Seri Berang telah terpilih untuk mengikuti Karnival Sains di SMK Tapu, Kuala Berang. Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar-pelajar SMK Tapu tetapi juga kepada sekolah-sekolah di sekitar Kuala Berang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya Explorace dan Bengkel Rekacipta. Selain itu, ada juga Pameran dari Pusat Sains Negara Kuala Lumpur, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) dari USM.


 Murid-murid SK Seri Berang turut dipilih untuk turut serta dalam  Bengkel Rekacipta dimana mereka semua diberi penerangan tentang Roket dan Jet dari segi sains. Disamping itu, mereka juga dapat mencipta Roket yang mempunyai tujahan yang paling kuat dan membuat jet atau kapal terbang dari kertas dan aluminium.


Semoga murid-murid yang terpilih ini dapat mengambil manfaat daripada aktiviti yang telah dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment