Sunday, July 14, 2013

PROGRAM BULAN MEMBACA BERMULA


SK SERI BERANG(14 JULAI 2013): Jawatankuasa Pusat Sumber SK Seri Berang pada hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Membaca Peringkat Sekolah yang telah diadakan di dewan sekolah. Pelancaran bermula dengan Bacaan Al-Quran surah Al-Alaq beserta dengan terjemahannya sekali oleh 2 orang murid Tahun 6, Abdul Muin dan Aiman.



Selepas itu, majlis bersambung dengan Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Membaca, Cik Suhailah binti Harun. Sebelum Ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar, Puan Hasnah binti Hasan, satu deklamasi sajak telah disampaikan oleh Nadia Adleena dan Allis Farhanah Syukriah. Sepanjang Bulan Membaca ini, pelbagai aktiviti akan diadakan dan diharap semua murid dapat mengambil bahagian dalam pertandingan yang akan diadakan.  

No comments:

Post a Comment