Wednesday, September 10, 2014

Kertas Sains UPSR bocor, peperiksaan ditunda 30 September - Lembaga Peperiksaan


KUALA LUMPUR: Kertas Peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan esok ditangguhkan kerana didapati bocor.
Tarikh baharu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas berkenaan ialah pada 30 September ini.

Lembaga Peperiksaan, dalam satu kenyataan sebentar tadi, menyatakan siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan berkenaan sudah tersebar menerusi media sosial.

"Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Sains 018 (Sekolah Kebangsaan), 028 (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), 038 (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada tarikh 11 September 2014 jam 8.15 pagi.

"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," menurut kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment