Thursday, April 5, 2012

SERI BERANG JUARA BOLA SEPAK ZON 2 HULU T'GANU

Pasukan Bola Sepak Bawah 12 Tahun
SK Seri Berang, Hulu Terengganu
(Juara zon KDSR 2 Hulu T'ganu 2012)

KUALA BERANG (5 APRIL 2012) : SK Seri Berang telah muncul Johan Bola Sepak Zon KDSR 2, daerah ini selepas menewaskan SK Tengku Ampuan Intan di padang sekolah ini, petang tadi.

Kemenangan SK Seri Berang ke atas SKTAI 2-1 dicapai selepas gol pendahuluan dijaringkan Shahzuwan Abd Malek di separuh masa pertama. Namun SKTAI berjaya menyamakan kedudukan setelah dihadiahkan sepakan penalti di separuh masa kedua setelah pemain mereka dijatuhkan oleh pertahanan SK Seri Berang di dalam petak penalti.  Kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan gol 1-1 sehingga membawa kepada masa tambahan. Pada masa tambahan kedua, Muhammad Zikri  Hanif Zakaria muncul hero SK Seri Berang selepas beliau menjaringkan gol kemenangan hasil lorongan cantik oleh penyerang berbisa Shahzuwan di hadapan pintu gol SKTAI.


JENTERA SERANGAN SK SERI BERANG :
Ezzuan Iskandar (jersi 11) dibantu Shahzuwan (jersi 10)
ketika di babak Separuh Masa Kedua Final Bawah 12 Tahun
Sekolah-sekolah Rendah zon KDSR 2.

Sepakan Kencang Pertahanan SK Seri Berang, Nazri Razak.
Gambar dipetik ketika di babak Separuh Masa Pertama FINAL.

Penyampaian Hadiah di Majlis Penutup disempurnakan
Pn. Guru Besar SK Seri Berang, Cikgu Hasnah Hasan.


MERIAH : Kelab Penyokong Bola SK Seri Berang dan para guru
memberi sokongan penuh di tepi padang.

Pertemuan Bersejarah 2 Sekolah Kluster Kecemerlangan
Zon 2, Daerah Hulu Terengganu :
SK SERI BERANG (2) VS SK TAI (1)



Kemenangan SK Seri Berang diteruskan ke kejohanan bola sepak peringkat daerah yang akan dilangsungkan pada Ahad depan bertempat di SK Bukit Perah, Zon 1 Hulu Terengganu.

Berikut urutan perlawanan pasukan SK Berang sebelum mara ke Perlawanan Akhir :

Menewaskan SK Telaga (1-0, Pusingan 1 Kumpulan A)
Menewaskan SK Seri Buloh (2-0, Pusingan 2 Kumpulan A)
Terikat Tanpa Jaringan Gol dengan SK Kuala Berang (0-0, Pusingan 3 Kumpulan A)
Menewaskan SK Kuala Dura (1-0, Separuh Akhir)

Tahniah kepada pemain dan pengurus pasukan.

SERI BERANG NELANG...
PETEH SERI BERANG PETEH...


arms/berita....

1 comment:

hazirah said...

tahniah!!!! SERI BERANG BOLEH!!!! :)

Post a Comment