Monday, July 25, 2011

PELAJAR SK SERI BERANG TERIMA ANUGERAH ExxonMobil 2011


MOHD AMIR BIN MOHD HANAFI
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang
ExxonMobil 2011

KUALA TERENGGANU (26 Julai 2011) : Sekolah Kebangsaan Seri Berang mencatat satu sejarah dalam kecemerlangan pendidikan rendah di negeri ini apabila muridnya, Mohd Amir bin Mohd Hanafi (Tahun 4 Waja) terpilih untuk menerima Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil 2011, semalam.



ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
ExxonMobil 2011
NEGERI TERENGGANU

Majlis penyampaian anugerah berlangsung di Exhibition Hall, Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong dirasmikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato' Haji Mazlan bin Ngah.

Menurut Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) Cg. Azmi Musa berkata, Mohd Amir menerima penghargaan Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil (Kategori Sekolah Rendah-Tahun 4) berupa sijil Anugerah dan Biasiswa bernilai RM 600. Daripada 50 orang murid Tahun 4 di negeri ini yang menerima anugerah tersebut, seramai 5 orang murid termasuk Mohd Amir adalah penerima dari daerah Hulu Terengganu.

Mohd Amir merupakan salah seorang pengawas disiplin di sekolah ini yang dilihat berpotensi tinggi dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.

Tambah Cg. Azmi lagi, Mohd Amir seorang murid yang rajin dan sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas kepengawasan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adik Mohd Amir bin Mohd Hanafi. Semoga terus cemerlang di dalam pendidikan.



FAKTA MENARIK :


Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil (Hulu Terengganu-Tahun 4 SR) :

1. Nur Atirah Natasya binti Abd Razak (SK Nibong)
2. MOHD AMIR BIN MOHD HANAFI (SK SERI BERANG)
3. Zikriah binti Zakaria (SK Bukit Gemuroh)
4. Nurul Aina Syazana binti Muhammad Sidek (SK Tengkawang)
5. Wan Nur Malakiyah binti Wan Hasan (SK Lerek)



arms/berita....

No comments:

Post a Comment