Saturday, July 16, 2011

" SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN, SEJUTA PENGETAHUAN "


KUALA BERANG (Ahad, 17 Julai 2011) :  SK Seri Berang sedang melaksanakan Program Bulan Membaca peringkat sekolah bermula 17 - 28 Julai 2011. Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris SK Seri Berang.

Program berupa 'Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan' bertujuan memupuk minat dan budaya membaca di kalangan semua warga sekolah bagi melahirkan warga dan masyarakat sekolah yang menyedari kepentingan ilmu ke arah melahirkan bangsa berjaya.

Pelancaran program telah disempurnakan oleh Puan Hasnah Hasan, Guru Besar SK Seri Berang selepas Perhimpunan Mingguan Sekolah bertempat di Dataran Seri Berang.


Setiausaha Penyelaras Program Bulan Membaca 2011
yang juga Penyelaras PSS,  Cikgu Hjh. Suhailah Harun ketika
menyampaikan ucapan aluan.

Guru Besar merangkap Pengerusi J'kuasa Program Bulan Membaca 2011
 ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena pelancaran
program peringkat sekolah.


Warga sekolah sedang mengikuti ucaptama dan perasmian
oleh Puan Guru Besar.



Warga sekolah tekun mendengar ucapan Guru Besar.
Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan aluan Setiausaha Penyelaras Program, Hjh. Suhailah Harun dan Pendeklamasian Sajak oleh adik Nur Syafiqa Baharudin dari Tahun 5 Waja serta penyampaian Penghargaan Khas 'GIVING AND SHARING 2010'  kepada 27 orang penerima yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga 6. 


Guru Besar menyampaikan Penghargaan Khas GIVING AND SHARING
berupa Lencana Bulan Membaca dan Sijil Penyumbang Buku Terbaik
kepada adik Nurul Nabila (Tahun 6Waja).
Seramai 3 orang murid iaitu adik Nurul Nabila Hasnor Zubaidi, Nur Nashiha Sha'ari dan Ahmad Firdaus Yusof dipilih sebagai Penyumbang Buku Terbaik dalam aktiviti  tersebut yang memberi peluang kepada murid untuk menyumbang bahan bacaan termasuk buku kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Berang.


Adik Nur Syafiqa Baharudin mendeklamasikan sajak khas
Kempen Galakan Membaca sempena maljlis pelancaran
Program Bulan Membaca 2011.
Barisan Guru Perempuan turut hadir memeriahkan
pelancaran program.
Barisan Guru Penolong Kanan dan guru lelaki sedang
memberi perhatian ketika ucapan perasmian pelancaran program.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Bicara Buku (BM dan BI), Kuiz Khazanah Ilmu, Pertandingan Buku Skrap Sirah Rasulullah SAW (Tahun 4 dan 5), Pertandingan Mewarna (Murid Pra Sekolah), Pertandingan Pidato Spontan (Murid Tahap 2), 'Giving and Sharing 2011' dan Pertandingan Cerpen (Tahun 4 dan 5).

arms/berita...


No comments:

Post a Comment