Monday, September 19, 2011

PERHEBATKAN PENGAJARAN AGAMA DI SEKOLAH - PPD HULU TERENGGANU



KUALA BERANG (20 September 2011) : Guru Agama sekolah di daerah ini perlu pelbagaikan teknik dan pendekatan paling efektif dalam pengajaran pendidikan Islam. Hal ini disarankan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, En. Shafruddin Hj. Ali Hussin ketika menyampaikan ucapan sempena Kursus Induksi KSSR Pendidikan Islam kepada guru-guru agama sekolah di daerah ini.



PPD, En Shafruddin Haji Ali Hussin sedang menyampaikan
ucapan pada hari pertama Kursus Induksi  KSSR PI HTRG 2011.

Penghayatan ilmu agama yang mantap berupaya menjadikan insan cemerlang selepas tamat pendidikan di sekolah rendah. Beliau juga mengesyorkan agar panitia agama di sekolah menjalankan aktiviti bersama dengan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal agama sepeti Pejabat Agama Daerah dan MAIDAM daerah. Penguasaan ilmu agama di kalangan murid menjadi pengukur tugas hakiki guru-guru agama di sekolah.

Seramai 48 guru agama sekolah rendah terlibat dengan kursus ini yang dijalankan selama seminggu. Kursus berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah.




Penyelaras j-QAF SK Seri Berang, Ustaz Azarul Razamin Mat Said
(berbaju kot, kanan sekali) bertugas sebagai Fasilitator Kursus.


Guru-guru agama perempuan yang hadir ke kursus.

Guru agama lelaki dan perempuan sedang
mengikuti kursus.


Ustazah Zaiyah Kamarudin (Dua dari kiri) mewakili SK Seri Berang
sedang mengikuti sesi pembentangan Persediaan Mengajar.

Majlis penutup kursus disempurnakan oleh Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ustaz Wan Mohd Fauzi Wan Mahmood.



Ustaz Wan Mohd Fauzi berucap di Majlis Penutup.



arms/berita...

No comments:

Post a Comment