Monday, September 19, 2011

1M1S: SK SERI BERANG NAIB JOHAN BOLA TAMPAR

KUALA BERANG: Pasukan Bola Tampar SK Seri Berang telah menjadi Naib Johan Kejohanan Bola Tampar 1Murid 1Sukan yang telah diadakan di SK Dusun pada 17hb September 2011.
       Pasukan Bola Tampar terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 yang terpilih dibawah bimbingan  Jurulatih Encik Zaimi dan Puan Noraini. Tahniah dan Syabas diucapkan kerana mengharumkan lagi nama SK Seri Berang.
       Sementara itu, Karnival Sukan 1Murid 1Sukan telah diadakan serentak bagi semua acara yang terpilih pada 15 dan 17 September 2011. Karnival ini diadakan sempena Perlancaran 1Murid 1Sukan yang telah diadakan baru-baru ini serentak seluruh Malaysia.
       SK Seri Berang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Baling L11,P11, L16 dan P16 Daerah Hulu Terengganu pada 17 September 2011. Acara yang bermula seawal jam 8.30 pagi berlangsung dengan meriah dengan penglibatan lebih daripada 40 Pasukan bertanding. Johan bagi Kategori Sekolah Menengah, L16 dan P16 telah dimenangi oleh Pasukan dari SMK Jenagor.
       Manakala, bagi kategori Sekolah Rendah, Pasukan SK Tapah telah menjuarai kejohanan bagi kategori P11 setelah menewaskan pasukan dari SK Seri Buluh. Perlawanan Akhir bagi Kategori L11 berlangsung dengan sengit apabila Pasukan SK Peroh diikat dengan jaringan 5 -5 oleh Pasukan SK Ajil apabila tamat masa sebenar. Penentuan Juara terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti dan nasib lebih menyebelahi Pasukan SK Peroh apabila berjaya menggondol gelaran Juara.
     Kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dalam menganjurkan Kejohanan ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. 


 

No comments:

Post a Comment