Tuesday, July 26, 2011

KEMPEN BULAN MEMBACA 2011 : PERTANDINGAN PIDATO TAHUN 4 & 5



PERTANDINGAN PIDATO
SEMPENA KEMPEN BULAN MEMBACA
SK SERI BERANG 2011

 
KUALA BERANG (27 Julai 2011) :  Jawatankuasa Program Bulan Membaca peringkat sekolah telah menjalankan pertandingan Pidato, semalam.

Seramai 8 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Pertandingan diadili oleh guru-guru Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris iaitu Cg. Kamariah Abdullah (Ketua Hakim), Cg. Rolimah Embong dan Cg. Salmah Mohamed.

Lensa Buletin Seri Berang sempat merakam sorotan pertandingan pidato tersebut :

Mohd Aiman bin Mohd Sidek dari Tahun 4 Wira
dilihat berpotensi besar sebagai pemidato.


Allis Farhanah Syukriah binti Azmi (Tahun 4 Waja)
antara pemidato terbaik murid perempuan.



Nur Syakirah Nabila Mohd Safri (4 Wira)
turut mengambil bahagian pertandingan pidato.

 
Guru-guru Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
bertindak sebagai Panel Hakim Pertandingan Pidato.

Murid-murid Tahun 4 dan 5 memberi sokongan kepada
wakil kelas masing-masing.

Keputusan rasmi pertandingan akan diumumkan awal bulan Ogos depan di majlis penutup Kempen Bulan Membaca (Julai 2011).


arms/berita...

Monday, July 25, 2011

PELAJAR SK SERI BERANG TERIMA ANUGERAH ExxonMobil 2011


MOHD AMIR BIN MOHD HANAFI
Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang
ExxonMobil 2011

KUALA TERENGGANU (26 Julai 2011) : Sekolah Kebangsaan Seri Berang mencatat satu sejarah dalam kecemerlangan pendidikan rendah di negeri ini apabila muridnya, Mohd Amir bin Mohd Hanafi (Tahun 4 Waja) terpilih untuk menerima Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil 2011, semalam.



ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
ExxonMobil 2011
NEGERI TERENGGANU

Majlis penyampaian anugerah berlangsung di Exhibition Hall, Ri-yaz Heritage Marina Resort & Spa, Pulau Duyong dirasmikan oleh Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato' Haji Mazlan bin Ngah.

Menurut Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) Cg. Azmi Musa berkata, Mohd Amir menerima penghargaan Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil (Kategori Sekolah Rendah-Tahun 4) berupa sijil Anugerah dan Biasiswa bernilai RM 600. Daripada 50 orang murid Tahun 4 di negeri ini yang menerima anugerah tersebut, seramai 5 orang murid termasuk Mohd Amir adalah penerima dari daerah Hulu Terengganu.

Mohd Amir merupakan salah seorang pengawas disiplin di sekolah ini yang dilihat berpotensi tinggi dalam pencapaian akademik dan kokurikulum.

Tambah Cg. Azmi lagi, Mohd Amir seorang murid yang rajin dan sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas kepengawasan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adik Mohd Amir bin Mohd Hanafi. Semoga terus cemerlang di dalam pendidikan.



FAKTA MENARIK :


Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang ExxonMobil (Hulu Terengganu-Tahun 4 SR) :

1. Nur Atirah Natasya binti Abd Razak (SK Nibong)
2. MOHD AMIR BIN MOHD HANAFI (SK SERI BERANG)
3. Zikriah binti Zakaria (SK Bukit Gemuroh)
4. Nurul Aina Syazana binti Muhammad Sidek (SK Tengkawang)
5. Wan Nur Malakiyah binti Wan Hasan (SK Lerek)



arms/berita....

Saturday, July 23, 2011

BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA...


KEMPEN BULAN MEMBACA PERINGKAT SEKOLAH
JULAI 2011

Sorotan aktiviti murid sempena Kempen Bulan Membaca (Julai 2011) :


Aktiviti membaca di kalangan murid.


Sebahagian murid Tahun 5 Wira mengambil aktiviti
Kempen Bulan Membaca.


Murid Tahun 5 Waja sedang membaca buku yang
dibekalkan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS)
sempena Kempen Bulan Membaca - JULAI 2011.

Pelbagai jenis buku disediakan PSS bagi menarik minat dan
memupuk budaya murid untuk membaca.


Warga sekolah sedang berurusan dengan kaunter khidmat
pinjaman buku di Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah.



Guru dan murid memanfaatkan penggunaan perpustakaan sekolah
untuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.
GAMBAR DI ATAS : Cikgu Shahidan sedang membimbing
proses pembelajaran murid-murid Tahun 4 Wira.

Antara murid Tahun 5 yang menjayakan Kempen Bulan Membaca.

Murid-murid sedang membaca koleksi buku terbaru yang terdapat
di perpustakaan sekolah.

Pelbagai koleksi dan genre buku dapat dimanfaatkan
bersesuaian dengan keperluan pembelajaran murid.


arms/berita....

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2011

KUALA BERANG (24 Julai 2011, Ahad) : Seramai 90 orang calon UPSR tahun ini sedang menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR bermula hari ini hingga Selasa, 26 Julai 2011.

Berikut rakaman Lensa Seri Berang mengenai sekitar perjalanan peperiksaan tersebut :

Peperiksaan Percubaan UPSR 2011
Tahun 6 Waja.

Suasana Peperiksaan Percubaan UPSR
Tahun 6 Wira.


Calon peperiksaan tekun menjawab soalan
Kertas 012 Bahasa Melayu Penulisan (BMP)
Percubaan UPSR 2011.

TEKUN... Amin Ehsan Mohd Syahil, salah seorang murid dari
Tahun 6 Perdana sedang menduduki peperiksaan
kertas BM Penulisan.

KE ARAH UPSR 2011 GEMILANG...Akif Hafifi Abu Hanifah
dari Tahun 6 Waja sedang menjawab soalan Kertas BMP.

Semoga calon-calon UPSR 2011 beroleh kejayaan yang gemilang.


arms/berita....

Thursday, July 21, 2011

CALON UPSR DIINGATKAN JAGA PEMAKANAN

KUALA BERANG (21 Julai 2011) : Calon peperiksaan UPSR di sekolah ini diingatkan menjaga pemakanan yang seimbang dan berkhasiat sebagai persiapan rohani dan jasmani menjelang peperiksaan UPSR pada 13-15 September nanti. Selain itu, ibu bapa perlu mengawal disiplin anak di rumh selain memberi ruang kepada mereka untuk merehatkan diri daripada kepenatan belajar.

Demikian peringatan yang disampaikan oleh Ustaz 'Ala-udin, bapa murid tahun 6 di sekolah ini dalam tazkirah khas sempena Majlis Solat Hajat UPSR 2011. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR Sekolah dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam bertujuan mendoakan kecemerlangan semua calon UPSR dalam peperiksaan percubaan pada minggu depan.

Turut hadir GPK HEM, Cg. Azmi Musa, Cg. Zamzuri Abdullah (Guru Disiplin), Mazura Yahaya (Guru Kaunseling).

arms/berita...

Tuesday, July 19, 2011

UPSR 2011 : TEMU MURNI IBU BAPA MURID DENGAN GURU

KUALA BERANG (13 Julai 2011) : SK Seri Berang mengadakan majlis temu murni di antara ibu bapa murid dengan guru-guru Tahun 6. Program bertujuan menyalurkan maklumat pencapaian dan prestasi semasa akademik murid kepada ibu bapa masing-masing sebelum peperiksaan UPSR 2011 berlangsung pada 13 hingga 15 September nanti.

Guru Besar sedang menyampaikan ucaptama di majlis.
Di majlis tersebut. Guru Besar, Pn. Hasnah Hasan menyampaikan ucapan dan penerangan mengenai pencapaian murid Tahun 6 di dalam peperiksaan yang telah diadakan sebelum ini termasuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011/OTI 2.

Ibu bapa diberi peluang untuk berjumpa dengan guru-guru Tahun 6 untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai prestasi pencapaian peperiksaan anak-anak mereka masing-masing.

Berikut rakaman Lensa Seri Berang mengenai perjalanan majlis Temu Murni Murid Tahun 6/UPSR 2011 :


Ibu bapa sedang memberi perhatian kepada ucapan Guru Besar.

Ibu bapa sedang memberi perhatian kepada ucapan Guru Besar.


Temu Murni Ibu dan Murid bersama
Guru BM UPSR, Cg. Azmi Musa.

Temu Murni Ibu dan Murid bersama
Guru BI UPSR, Tcr. Noor Hamidah Mat.


Temu Murni Ibu dan murid bersama GPK 1 yang juga
Guru BM UPSR, Cg. Mohamad Zaimi Mohamed.


Ibu Bapa mengorbankan masa bekerja untuk hadir ke majlis
Temu Murni UPSR SKSB 2011.

Akif Afifi (Tahun 6 Waja) bersama ibunya ketika di majlis Temu Murni.


Mungkin ada sesuatu yang mencuri perhatian Amirul Najmi
(Tahun 6 Waja) sambil diperhatikan bapanya, En. Ab. Rahman.


Nur Rusydina Aqilah (Tahun 6 Perdana) dan ibunya.

Nur Adrera Abu Kasim(Tahun 6 Waja)  begitu tekun mengikuti
ulasan oleh Cg. Azmi Musa ketika Temu Murni UPSR 2011.


Mohd Shariman Zaid ditemani bapanya.

Majlis yang bermula jam 2.30 petang berakhir pada pukul 5.00 petang.


arms/berita...

Saturday, July 16, 2011

" SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN, SEJUTA PENGETAHUAN "


KUALA BERANG (Ahad, 17 Julai 2011) :  SK Seri Berang sedang melaksanakan Program Bulan Membaca peringkat sekolah bermula 17 - 28 Julai 2011. Program dianjurkan oleh Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris SK Seri Berang.

Program berupa 'Selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan' bertujuan memupuk minat dan budaya membaca di kalangan semua warga sekolah bagi melahirkan warga dan masyarakat sekolah yang menyedari kepentingan ilmu ke arah melahirkan bangsa berjaya.

Pelancaran program telah disempurnakan oleh Puan Hasnah Hasan, Guru Besar SK Seri Berang selepas Perhimpunan Mingguan Sekolah bertempat di Dataran Seri Berang.


Setiausaha Penyelaras Program Bulan Membaca 2011
yang juga Penyelaras PSS,  Cikgu Hjh. Suhailah Harun ketika
menyampaikan ucapan aluan.

Guru Besar merangkap Pengerusi J'kuasa Program Bulan Membaca 2011
 ketika menyampaikan ucapan perasmian sempena pelancaran
program peringkat sekolah.


Warga sekolah sedang mengikuti ucaptama dan perasmian
oleh Puan Guru Besar.



Warga sekolah tekun mendengar ucapan Guru Besar.
Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan aluan Setiausaha Penyelaras Program, Hjh. Suhailah Harun dan Pendeklamasian Sajak oleh adik Nur Syafiqa Baharudin dari Tahun 5 Waja serta penyampaian Penghargaan Khas 'GIVING AND SHARING 2010'  kepada 27 orang penerima yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga 6. 


Guru Besar menyampaikan Penghargaan Khas GIVING AND SHARING
berupa Lencana Bulan Membaca dan Sijil Penyumbang Buku Terbaik
kepada adik Nurul Nabila (Tahun 6Waja).
Seramai 3 orang murid iaitu adik Nurul Nabila Hasnor Zubaidi, Nur Nashiha Sha'ari dan Ahmad Firdaus Yusof dipilih sebagai Penyumbang Buku Terbaik dalam aktiviti  tersebut yang memberi peluang kepada murid untuk menyumbang bahan bacaan termasuk buku kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Seri Berang.


Adik Nur Syafiqa Baharudin mendeklamasikan sajak khas
Kempen Galakan Membaca sempena maljlis pelancaran
Program Bulan Membaca 2011.
Barisan Guru Perempuan turut hadir memeriahkan
pelancaran program.
Barisan Guru Penolong Kanan dan guru lelaki sedang
memberi perhatian ketika ucapan perasmian pelancaran program.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Bicara Buku (BM dan BI), Kuiz Khazanah Ilmu, Pertandingan Buku Skrap Sirah Rasulullah SAW (Tahun 4 dan 5), Pertandingan Mewarna (Murid Pra Sekolah), Pertandingan Pidato Spontan (Murid Tahap 2), 'Giving and Sharing 2011' dan Pertandingan Cerpen (Tahun 4 dan 5).

arms/berita...


Friday, July 8, 2011

ANALISA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SKSB : 15 MURID TAHUN 6 CATAT 5A

KUALA BERANG (7 Julai 2011) : Seramai 15 orang murid dari Tahun 6 Waja berjaya skor 5A dalam subjek teras UPSR ketika menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011, baru-baru ini.


TAHNIAH : 15 murid skor 5A subjek teras UPSR dalam
Pep. Pertengahan Tahun diraikan oleh Pn. GB.





Kesemua 15 orang murid berkenaan akan menyertai Akademi UPSR 2011 peringkat daerah yang akan diadakan di Marang, minggu depan.

Syabas dan tahniah diucapkan.

arms/berita....

Tuesday, July 5, 2011

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KAMI...




GURU BESAR dan PK Pentadbiran
bergambar kenangan bersama Pegawai JPNT 

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

KUALA BERANG (5 Julai 2011) : SK Seri Berang telah menganjurkan gotong-royong khas sempena pertandingan kempen kebersihan dan pencalonan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Program bermula jam 2.30 hingga 5.00 petang dijayakan oleh semua guru dan murid meliputi tanaman pokok-pokok hiasan dan pembersihan kawasan sekitar sekolah.

Berikut sorotan perjalanan program gotong-royong :

Landskap Air Terjun dikelolakan GPK HEM, Cg. Azmi Musa.

Membersihkan kawasan kelas pra sekolah.


Guru Besar dan Guru Pra mengindahkan Taman Herba SKSB.



MUAFAKAT GURU-MURID : Bersama mengindahkan Taman Herba sekolah.

Cg. Nazilee Ab Rahman sedang melakukan kerja pemasangan
papan khas Bitara Matematik.


SK Seri Berang mengetengahkan kebitaraan Matematik
dalam menyokong pencalonan SBT.

INDAH : Tcr. Nor Farahida sedang meratakan batu-batu kecil
dalam menceriakan persekitaran Taman Herba sekolah.

Taman Herba sekolah diberi nafas baru dengan
tanaman pokok herba yang segar.


berita/arms....