| Majlis Guru Besar Kuala Pilah, Negeri Sembilan melakukan Lawatan Penanda Aras Ke SK Seri Berang | 
KUALA BERANG(05JULAI 2012): Seramai 25 orang Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan melakukan Lawatan Penanda Aras ke sekolah ini, hari ini.
| Sesi Taklimat Pengoperasian SK Seri Berang oleh Guru Besar | 
| MGB Kuala Pilah sedang mengikuti taklimat dengan penuh kusyuk | 
Mereka disambut oleh Kumpulan Pengurusan sekolah terdiri daripada Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan, dan juga guru-guru penolong. Lawatan bertujuan untuk melihat operasi sekolah yang merupakan salah sebuah SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN.
| Puan Guru Besar beramah mesra dengan ahli rombongan | 
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment