Wednesday, July 11, 2012

"SK SERI BERANG DALAM KENANGANKU" - Nurhafizah, Franord

DALAM KENANGAN :
FRANORD DOERTHIE A/L IRIP (tengah, duduk)
bergambar kenangan perpisahan  dengan rakan sekelasnya Tahun 5 al-Muslim.

KUALA BERANG (12 Julai 2012) : SK Seri Berang disulami kesedihan berikutan tamatnya perkhidmatan sementara Cg. Nurhafizah Hj Hamidan (guru ganti Cg. Hjh. Suhailah Harun) dan bertukarnya tempat persekolahan adik Franord Doerthie a/l Irip (Murid Tahun 5 al-Muslim).


Adik Franord (berdiri, dua dari kanan)
bergiat aktif dalam sukan bola sepak Pasukan Rumah Hijau.

Cg. Nurhafizah ketika sedang mengikuti Senamrobik 1 Muris 1 Sukan
peringkat SK Seri Berang, Selasa lepas.


TERIMA KASIH BUAT CIKGU :
Cg. Nurhafizah Hj. Hamidan (bertudung biru) bergambar kenangan perpisahan
dengan warga guru perempuan.

Cg. Nurhafizah berkhidmat seketika di sekolah ini sebulan yang lepas untuk mengisi kekosongan sementara berikutan Cg. Hjh. Suhailah sedang bercuti. Nurhafizah adalah lulusan Sarjana Muda Pendidikan (Sains) Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan dijangka akan memulakan perkhidmatan sebagai guru siswazah tidak beberapa lama lagi.

Manakala Franord adalah murid di sekolah ini sejak Tahun 1 lagi dan dijadual bertukar ke sebuah sekolah di daerah Baling, Kedah setelah menetap sementara di Kuala Berang. Ini kerana bapa, En. Irip adalah seorang pegawai yang terlibat dengan kerja-kerja Projek Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2  jajaran Bukit Besi-Kuala Terengganu.

Bagi pihak Pengurusan Sekolah dan seluruh warga SK Seri Berang mengucapkan Selamat Maju Jaya buat mereka berdua. Semoga SK Seri Berang terus dikenang..tempat bermain dikenang jua, inikan pula tempat mengajar-belajar.


arms...

No comments:

Post a Comment