Monday, September 10, 2012

FRIENDLY MATCH : SERI BERANG (1) , FELDA JERANGAU (1)

Pasukan Tunas Bola Sepak SK Seri Berang
(berbaju hijau)


DUNGUN (10 September 2012) : Pasukan Tunas Kluster Bola Sepak SK Seri Berang mencatat kemenangan 2-1 ke atas SK Felda Jerangau, di sini semalam dalam siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Sekolah Rendah. Manakala Pasukan Pelapis tewas 1-5 kepada pasukan tuan rumah.Kedua-dua perlawanan dilangsungkan di Padang Bola Sepak SK Felda Jerangau.


Pertahanan Tunas SK Seri Berang ketika berdepan dengan jentera
serangan SK Felda Jerangau.

Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang
(berbaju hitam)

Cikgu Shahidan Abu Kasim
(Penyelaras Kluster Bola Sepak SK Seri Berang)

Mengulas keputusan perlawanan berkenaan, Cg. Shahidan Kasim yang bertindak sebagai pengurus pasukan berkata, benteng pertahanan Pasukan Tunas SK Seri Berang  dilihat tidak berfungsi dengan sebaik mungkin  ketika di separuh masa yang pertama. Namun mereka bangkit pada separuh masa kedua dengan meledakkan dua gol selain menggandakan pertahanan daripada diasak oleh jentera lawan. Di perlawanan yang membabitkan Pasukan Pelapis pula, Shahidan tidak menolak faktor kekuatan pasukan tuan rumah khususnya para pemain pertahanan mereka yang dilihat berjaya mematahkan serangan dan percubaan menarik Pasukan Pelapis Bola Sepak SK Seri Berang. 





Guru Penolong Kanan (GPK) 1 dan GPK Kokurikulum serta guru-guru
pengiring turut hadir ketika perlawanan dilangsungkan di SK Felda Jerangau.
Babak perlawanan melibatkan Pasukan Pelapis.



Pada minggu lepas, kedua-dua pasukan bola sepak Tunas dan Pelapis SK Seri Berang mencatatkan kemenangan bergaya ke atas SK Felda Jerangau Barat dengan keputusan 6-1 (Tunas) dan 3-0 (Pelapis).

Pasukan Bola Sepak Kluster SK Seri Berang sedang melengkapkan takwim program kluster bola sepak sekolah rendah dalam beberapa siri perlawanan persahabatan dengan pasukan terpilih dalam dan luar daerah ini.

Semoga pasukan SK Seri Berang meningkat dalam pencapaian dari masa ke semasa.


arms/berita....

No comments:

Post a Comment