KUALA TERENGGANU - Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dengan kerjasama JPN Terengganu telah
mengadakan Program 'Hand-Holding" bagi membantu calon SBT SR Terengganu.
Sekolah yang dipilih ialah SK Seri Berang, Hulu Terengganu dan SK
Maktab Perguruan Terengganu (13 Feb 2012) dan SK Rantau Petronas,
Kemaman (24 Februari 2013). Sekolah-sekolah ini pernah tercalon dan
layak diverifikasi pada tahun lepas tapi gagal meraih anugerah
berprestej itu,.
Sementara 17 buah lagi yang tercalon SBT akan ditentukan kelayakan untuk verifikasi oleh JNJK atau tidak berasaskan "entry markah" yang ditentukan oleh KPM. Jika mereka melepasi entry berkenaan pihak BPSBPSK atau JPN akan mengadakan program ini untuk membantu dan membimbing mereka.
Program "Hand-Holding" bagi SK Seri Berang dan SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu telah dipimpin oleh Cik Suraya Hani dari BPSBPSK. Ketua Unit Sekolah dan Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster turut sama dalam program berkenaan yang diadakan di SK Maktab Perguruan, Kuala Terengganu. Kedua-dua sekolah ini yang kita sedia maklum berpengalaman menghadapi pencalonan SBT sudah memahami konsep dan bidang penilaian cuma perlu lebih tersusun dan mantap lagi..

Sumber dari Unit Sekolah Rendah : program hand holding calon sbt
No comments:
Post a Comment