Monday, April 15, 2013

BOLA BALING : KETIGA TERBAIK DAERAH HT


PASUKAN BOLA BALING P12 bergambar kenangan bersama GPK KO
SK TOK RANDOK (15 APRIL 2013) : Pasukan Bola Baling SK Seri Berang yang membawa cabaran Zon KDSR 2, telah berjaya mendapat tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Baling P12 MSSDHT yang berlangsung di SK Tok Randok,Ajil.
Pasukan ini yang menjadi Naib Johan Kumpulan, telah ditewaskan oleh satu lagi Pasukan Zon KDSR 2, SK Tapah (5-2) pada peringkat separuh Akhir.

Tahniah dan Syabas diucapkan

Berita Terdahulu


KUALA BERANG (21 FEB 2013) : Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang berjaya menjadi Johan Kejohanan Bola Baling Zon KDSR 2 selepas berjaya menumpaskan Pasukan SK Tapah 1-0 , petang tadi.
SYABAS : Antara Ahli Pasukan Bola Baling P12 yang menerima Pingat
Manakala nasib tidak menyebelahi Pasukan Bola Baling L12 apabila tumpas pada peringkat suku akhir. Pasukan Bola Baling P12 SK Seri Berang akan membawa cabaran ZON KDSR 2 pada peringkat Daerah Hulu Terengganu pada pertengahan bulan Mac nanti.

Tahniah dan Syabas diucapkan

No comments:

Post a Comment