|
Penyerahan Fail Mentor- mentee sebagai simbolik Program Bermula |
SK SERI BERANG (07 APRIL 2013) : Hari ini SK Seri Berang telah mengadakan Pelancaran Program Guru Penyayang bagi tahun 2013. Program Guru Penyayang merupakan adalah bertujuan agar guru mengamal dan menbudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
|
Antara murid Prasekolah yang diraikan |
Pelancaran bermula dengan penyerahan Fail Pengurusan Mentor Mentee sebagai simbolik bermulanya Program Mentor Mentee yang merupakan salah satu aktiviti utama dalam fasa pertama pelaksanaan. Seterusnya, Majlis ini juga telah meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari hingga April sebagai tanda penghargaan kepada murid ini.
|
Ucapan Perasmian Pn.Guru Besar |
Majlis diteruskan dengan Ucapan dan Perasmian oleh Guru Besar, Pn Hasnah binti Hasan dan diakhiri dengan Bacaan Doa oleh Ustaz Fikri. Semoga Program-program yang telah dirancangkan oleh Jawatankuasa Guru Penyayang melalui Penyelarasnya, Puan Harnani binti Yusoff, Kaunselor Sekolah akan berjalan dengan lancar serta mencapai matlamatnya.
No comments:
Post a Comment