Thursday, February 20, 2014

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG : 2 PERAK 2 GANGSA


JENAGOR (20 FEBRUARI 2014) : SK Seri Berang meraih 2 Perak dan 2 Gangsa dalam Kejohanan Balapan dan Padang kali ke 49 MSSDHT 2014. Kejohanan yang telah diadakan di Padang SMK Jenagor bermula 17 Februari sehingga 20 Februari.
Atlit SK Seri Berang, Aishas binti Ramli berjaya meraih Perak dalam acara Lompat jauh P12 selepas membuat lompatan sejauh 3.40M pada percubaan ke 5.

Manakala Muhd Khoirun Najmi bin Rospi berjaya meraih Perak dalam acara pecut 100M  L12 dan gangsa dalam acara 200M  L12. Kuartert 4X100M  L12  SK Seri Berang yang diwakili oleh Khoirun Najmi, Hariz Hazrey, Khoirun Hakimi dan Ahmad Rejab berjaya meraih Pingat Gangsa.

Tahniah dan Syabas diucapkan

No comments:

Post a Comment