Saturday, February 22, 2014

KEJOHANAN PING PONG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU : NAIB JOHAN

DUNGUN (22 FEBRUARI 2014) : Tengku Nur Adriana binti Tengku Halim sekali lagi mengharumkan nama SK Seri Berang apabila berjaya mendapat Naib Johan Kategori Perseorangan dan Beregu Kejohanan Ping pong Peringkat Negeri Terengganu.

Tengku Nur Adriana akan mewakili Negeri Terengganu ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Mac di Kuala Lumpur. Tahniah juga diucapkan kepada Nur Zahirah walaupun tewas pada peringkat suku akhir.

Tahniah dan Syabas Diucapkan

BERITA TERDAHULU



KUALA BERANG(5 FEBRUARI 2014) : Kejohanan Ping-pong Peringkat Daerah hari ini telah sampai ke peringkat akhir yang menyaksikan pertemuan ulangan zon KDSR 2 antara Tengku NurAdriana binti Tengku Halim dari SK Seri Berang dengan Shamila binti Saari dari SK Kuala Berang. Perlawanan yang berlanjutan sehingga ke set ke 4 menyaksikan Nur Adriana sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Shamila. Manakala Nur Zahirah binti Esa berjaya mendapat tempat ke 3 selepas tewas di separuh akhir.


Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga dapat buat yang terbaik pada peringkat Negeri nanti.

No comments:

Post a Comment