Tuesday, May 12, 2015

SKSB MENERIMA ANUGERAH TAWARAN GURU BESAR

 27 Guru Besar menerima Anugerah Tawaran Baru 2014

Majlis Anugerah Tawaran Baru Guru Besar Tahun 2014 telah diadakan di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya yang disempurnakan oleh YAB Tan Sri  Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran. Seramai 27 orang Guru Besar dari negeri Terengganu turut menerima anugerah berkenaan. Tahniah dan syabas kita ucapkan bukan sahaja kepada Guru Besar berkaitan tetapi juga kepada seluruh warga sekolah yang turut menyumbang ke arah kejayaan ini. Semoga ianya menjadi dorongan untuk terus mencipta kecemerlangan di masa hadapan.



gambar-gambar penerima


Ihsan : Blog Unit Sekolah Rendah JPNT

No comments:

Post a Comment