Thursday, April 19, 2012

MTQ SEKOLAH-SEKOLAH KPM NEGERI TERENGGANU 1433H/2012M


TAHNIAH DAN SYABAS :
Kejayaan adik Che Ku Nur Umairah diraikan
di Perhimpunan Mingguan Sekolah.

CHUKAI (24 April 2012) : Adik Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki telah muncul sebagai Qariah Terbaik No. 3 di negeri Terengganu selepas beliau menyertai Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah KPM Tahun 2012/1433H.



TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT QARIAH SEKOLAH
Hulu Terengganu Cemerlang -  HUTEC @ 2012

"SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH MEREKA YANG MENGAJAR DAN MEMPELAJARI
AL-QURAN "



arms/berita....

Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki
(Tahun 5 al-Bukhari)
KEPUTUSAN MTQ DAERAH HULU T'GANU 1433H/2012M


KUALA BERANG (10 APRIL 2012) : SK Seri Berang menerusi Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki sekali lagi berjaya mempertahankan Johan dalam bidang Tilawah al-Quran peringkat Sekolah Rendah (Kategori Qariah/Perempuan) di Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah KPM Peringkat Daerah Hulu Terengganu, semalam.



Kemenangan Kontinjen Koakademik SK Seri Berang
diraikan selepas Majlis Penutup MTQ SR KPM Daerah Hulu Terengganu 1433H/2012.


Pada Tahun 2011 lepas, SK Seri Berang juga muncul Johan Qariah Daerah menerusi Nur Adrera binti Kasim.

Peserta Bercerita (Lelaki) pula berjaya memenangi tempat kedua manakala peserta perempuan di tempat ketiga.


Abdul Muin bin Japar
(Peserta Bercerita - Lelaki)


Nur Adleena binti Tengah
(Peserta Bercerita - Perempuan)

Majlis berlangsung di SK Padang Setar, Kuala Berang.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kejayaan ini dan seribu penghargaan kepada pengurus pasukan koakademik Pendidikan Islam SK Seri Berang 2012.


No comments:

Post a Comment