Tuesday, April 24, 2012

SERI BERANG JUARA PALUAN KOMPANG FORMASI

KUALA BERANG (2 MEI 2012) : SK SERI BERANG yang mewakili Hulu Terengganu berjaya mendapat tempat ketiga dalam  Pertandingan Paluan Kompang Formasi Peringkat Negeri Terengganu yang  telah diadakan di SMK Tengku Lela Segara, Marang.

Tahniah dan Syabas diucapkan, semoga lebih baik pada masa akan datang.

Berita Terdahulu

SERI BERANG JOHAN DAERAH
KOMPANG FORMASI 2012
Salah seorang peserta Pasukan Kompang Formasi sekolah,
Mohd Akhmal Hakimi Mohd Hanafi menerima
Sijil Penyertaan dan Hadiah Kemenangan daripada GPK 1
di Perhimpunan Mingguan Sekolah.

KUALA BERANG (24 April 2012) : Kejayaan Pasukan Kompang Formasi SK Seri Berang menjuarai di peringkat daerah ini telah diraikan dalam Perhimpunan Mingguan Sekolah. Hadiah dan Sijil Penyertaan disampaikan GPK 1 Cg. Mohamad Zaimi Mohamed.

Penyelaras Pasukan Kompang Formasi SK Seri Berang
Cg. Zulkifli Mohd Amin.



Menurut Penyelaras Pasukan Kompang Formasi sekolah, Cg. Zulkifli Mohd Amin berkata dengan kemenangan pasukan sekolah tersebut akan membawa cabaran ke pertandingan negeri yang akan diadakan di SMK Tengku Lela Segara, Marang pada 2 Mei depan.

SYABAS DAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN

SERI BERANG NELANG
HULU TERENGGANU CEMERLANG @ HUTEC 2012.

arms/berita....

Berita sebelum ini........


Pasukan SK Seri Berang bergambar kenangan selepas Majlis Penyampaian Hadiah

KUALA BERANG (16 APRIL 2012) : SK Seri Berang telah muncul Johan Pertandingan Paluan Kompang Formasi Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2012, pagi tadi.

Kemenangan SK Seri Berang dicapai selepas mengalahkan 3 lagi sekolah daerah Hulu Terengganu yang mengambil bahagian. Majlis Penyampaian Hadiah Kemenangan telah disempurnakan di Dewan Gemilang SMK Seri Berang.

Kemenangan SK Seri Berang diteruskan ke Pertandingan Paluan Kompang Formasi Peringkat Negeri Terengganu yang dijangka akan dilangsungkan pada 2 Mei 2012 bertempat di Daerah Marang

Tahniah kepada pemain kompang dan pengurus pasukan serta guru pengiring yang bertungkus lumus.

SERI BERANG NELANG...




No comments:

Post a Comment