Sunday, March 27, 2011

SERI BERANG MELAHIRKAN PELAJAR BERBAKAT SUKAN

JENAGOR (23 Mac 2011) : SK Seri Berang sekali lagi berada dalam kedudukan terbaik daerah tahun ini setelah Perseorangan Perempuan bawah 12 tahun (P12) dan Beregu Lelaki L12 mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu, yang dilangsungkan di SMK Jenagor, di sini baru-baru ini.

Amirul Najmi bin Abd Rahman dan Akif Hafifi bin Abu Hanifah dari Tahun 6 Waja mempamerkan prestasi cemerlang setelah menewaskan SK Bukit Gemuroh (pusingan 2) dan SK Kuala Berang (Suku Akhir). Bagaimanapun Amirul Najmi dan Akif Hafifi hanya mampu meraih di Tempat Ke-3 Daerah Hulu Terengganu setelah dikejutkan oleh pasangan beregu SK Padang Setar dalam saingan separuh akhir.

Manakala dalam persaingan Perseorangan Perempuan P12, Nor Fatin Najihah binti Salim dari Tahun 6 Wira turut cemerlang pada kali ini dengan meraih Tempat Ke-3 Daerah Hulu Terengganu selepas mara ke Separuh Akhir berbanding hanya mampu ke Suku Akhir 2010 yang lepas.

Kejayaan mereka dapat membantu menggalas cabaran pasukan badminton daerah ke kejohanan badminton MSSM Negeri Terengganu yang dijadual berlangsung di Kemaman akhir bulan ini.

Dalam acara Bolasepak Bawah 12 tahun, SK Seri Berang muncul Johan Zon 2 setelah menewaskan SK Kuala Dura dalam perlawanan akhir yang dilangsungkan di SK Telaga.
Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang

Manakala Bola Jaring Bawah 12 tahun, SK Seri Berang muncul johan zon 2 sekaligus layak ke kejohanan peringkat daerah  pada akhir bulan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kemenangan dan prestasi cemerlang para murid yang mewakili SK Seri Berang.

No comments:

Post a Comment