Wednesday, March 30, 2011

SERI BERANG JOHAN BOLASEPAK DAERAH HULU T'GANU 2011

BERITA TERKINI :


SK Seri Berang johan bola sepak zon KDSR 2 dan Johan daerah Hulu T'ganu 2011


 AJIL (31 Mac 2011, 5.30 pm) :  SK Seri Berang (SKSB) telah muncul johan bola sepak sekolah rendah, tahun ini selepas menewaskan SK Langgar dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSM Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu 2011.


Perlawanan yang dilangsungkan di padang SK Tok Randok menyaksikan SKSB mendahului lawan dengan jaringan pembukaan oleh Afif Farhan Mustafa pada minit ke-15 di separuh masa pertama. SKSB mengukuhkan kedudukan dengan jaringan kedua menerusi percubaan menarik dalam petak penalti. Di separuh masa kedua, SKSB menambah jaringan gol yang ketiga hasil percubaan menarik Mohd Haikal Abdullah di luar kotak penalti sebelum SK Langgar berjaya mendapatkan gol tunggal mereka. Perlawanan yang berpihak kepada SKSB tamat dengan kedudukan gol 3-1.
Kesebelasan Utama SK Seri Berang


GPK Kokurikulum SKSB, Cg. Jamaludin Embong ketika diminta mengulas kemenangan, beliau bangga dengan kesungguhan para pemain mengejar gelaran juara sehingga ke minit-minit terakhir. Kegembiran turut dikongsi bersama dengan pengurus pasukan Cg. Radzi, Jurulatih Cg. Zulkifli dan guru-guru lain yang turut memberi sokongan padu yang membawa kemenangan bermakna ini.
Bergambar kenangan bersama Pasukan SK Langgar

Syabas dan tahniah kepada skuad bola sepak SKSB 2011 dan guru/jurulatih mereka.
 ARMS/berita.....




BERITA SEBELUM INI :
AJIL (31 Mac 2011) - SK Seri Berang baru sahaja menempah ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak MSSM Sekolah Rendah Daerah Hulu Terengganu, selepas meraih kemenangan besar dengan jaringan gol 5 - 2 ke atas SK FELDA Tersat di peringkat Separuh Akhir bertempat di SK Tok Randok, pagi ini.


SK Seri Berang akan berhadapan dengan SK Langgar jam 3 petang ini. SK Langgar mara ke perlawanan akhir selepas mengenepikan saingan di Separuh Akhir dengan SK Kua dengan jaringan gol 3-0.


Semoga SK Seri Berang muncul Johan Bola sepak Sekolah Rendah 2011.




Berita Terdahulu :


SERI BERANG MARA KE SEPARUH AKHIR




TOK RANDOK(30 Mac 2010) : Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang Bawah 12 Tahun yang mewakili KDSR ZON 2 telah berjaya mengatasi halangan peringkat kumpulan untuk mara ke peringkat Separuh Akhir Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Hulu Terengganu yang sedang berlangsung di SK Tok Randok.


Pasukan SK Seri Berang berjaya mengatasi Pasukan SK Getang dengan jaringan besar,7-0 sebelum menang tipis bertemu Pasukan SK Kua, 1-0. Perlawanan hari ini yang dijadualkan bertemu Pasukan SK Tapu terpaksa dibatalkan kerana Pasukan tersebut telah menarik diri.


Esok, Pasukan Bola Sepak SK Seri Berang akan turun padang untuk penentuan ke peringkat Akhir. Selamat berjaya diucapkan, semoga memperolehi kejayaan berganda selepas menjadi Johan Peringkat Zon baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment