Saturday, March 12, 2011

GB : Pengawas Menjana Disiplin Sekolah

KUALA BERANG (10 Mac 2011) : Pengawas merupakan penggerak utama perjalanan disiplin murid di sekolah. Guru Besar SK Seri Berang, Pn. Hasnah Hasan berkata, setiap pengawas perlu menyemai dalam diri mereka agar lebih bertanggungjawab dan mematuhi etika sebagai seorang pengawas sekolah. Ini kerana pengawas adalah pembantu kepada guru dalam menjalankan peraturan-peraturan di sekolah.

"...adalah diharapkan agar semua pengawas yang akan menerima watikah lantikan pengawas pada hari ini dapat menjalankan tugas dan mempamerikan diri kita sebagai pengawas dalam erti kata yang sebenar. " ujar Pn. Hasnah ketika meyampaikan ucapan aluan di Majlis Perasmian Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK Seri Berang Tahun 2011.

Pn. Hasnah menyampaikan cenderahati kepada Sjn. Rohani

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Sjn. Rohani binti Teh dari Bahagian Pentadbiran IPD Hulu Terengganu yang mewakili Ketua Polis Daerah (OCPD).

Dalam ucapan perasmian, Sjn. Rohani memberi nasihat agar pengawas tidak terlibat dalam perlakuan yang bertentangan dengan prinsip dan etika sebagai seorang pengawas. Disiplin sekolah yang wujud di sekolah bertujuan membentuk warga sekolah yang baik dan berilmu.

Pengawas Sekolah (Disiplin) Tahun 2011 bergambar kenangan
bersama tetamu perasmian, GB, GPK dan Guru-guru Badan Disiplin.



Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2011 bergambar kenangan.


No comments:

Post a Comment