Saturday, April 2, 2011

KOKURIKULUM MEMBENTUK SAHSIAH PELAJAR

KUALA BERANG (3 April 2011) : Pelajar sekolah di daerah ini perlu diberi pengetahuan secukupnya untuk membentuk jati diri pelajar yang unggul. Pendidikan di luar bilik darjah termasuk aktiviti kokurikulum boleh melengkapkan proses pendidikan pelajar agar diri mereka lebih berdikari dan berketrampilan.

Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan) Hulu Terengganu, Hj. Abdul Rahman Abu Bakar berkata, guru penasihat dan penyelaras Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) adalah berperanan untuk menjayakan aktiviti kokurikulum sekolah. Ini kerana hala tuju  Kementerian Pelajaran untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Beliau yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Bengkel Guru Penyelaras TKRS dan KRS Sekolah-sekolah Daerah Hulu Terengganu 2011 bertempat di Dewan Intan, SMK Tengku Ampuan Intan, hari ini.


Pen. PPDHT menyampaikan ucaptama Bengkel Guru Penyelaras TKRS Daerah 2011



Sebanyak 48 sekolah rendah dan 15 buah sekolah menengah yang diwakili guru-guru penasihat badan beruniform itu terlibat dalam bengkel anjuran Sekretariat TKRS Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama PPD Hulu Terengganu.


(BERDIRI KIRI) Mejar KRS Hj. Ali Mohamad, Pegawai Tadbir KRS Terengganu sedang
menyampaikan syarahan ketika dibengkel guru penyelaras TKRS daerah.


Peserta di kalangan guru penasihat/penyelaras TKRS yang hadir.


ARMS/berita

No comments:

Post a Comment