Tuesday, April 26, 2011

MTQ DAERAH HULU TERENGGANU : SERI BERANG JOHAN QARIAH TILAWAH

NUR ADRERA BINTI KASIM (TAHUN 6 WAJA)
Johan Qariah Tilawah al-Quran MTQ Daerah HT 2011
Johan Qariah Tilawah al-Quran MTQ Zon KDSR 2, 2011
Tempat Ke-3 Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Negeri T'ganu 2008
Johan Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Daerah Hulu T'ganu 2008
Johan Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Daerah Hulu T'ganu 2007
Tempat Ke-3 Tilawah al-Quran MTQ SR j-QAF Daerah Hulu T'ganu 2006

KUALA BERANG (26 April 2011 4.00 pm ) : SK Seri Berang menerusi adik Nur Adrera binti Kasim (Tahun 6 Waja), muncul Johan Tilawah al-Quran Sekolah-sekolah Rendah Kategori Murid Perempuan/Qariah di Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) peringkat daerah, hari ini.

Kejayaan adik Nur Adrera mengulangi kejayaan sekolah ini apabila adik Ummi Zulaikha binti Mej. (B) Abdul Ghani yang pernah muncul johan qariah daerah sebelum ini, pada tahun 2009. Bakat adik Nur Adrera mula terserlah setelah mewakili sekolah ini ke MTQ Sekolah Program j-QAF Daerah Hulu Terengganu tahun 2006.

KENANGAN 2006 : Nur Adrera binti Kasim dan
Arif Asyarudin bin Tengah dari Tahun 1 Waja
mewakili SKSB ke MTQ Sekolah Program j-QAF.
Kemenangan adik Nur Adrera akan memikul cabaran mewakili daerah Hulu Terengganu ke MTQ Peringkat Negeri Terengganu yang dijadual berlangsung pada 7 Mei depan bertempat di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT).

SM SAINS HULU TERENGGANU (SAHUT)
Dalam pertandingan nasyid, Kumpulan Shoutul Shams dari sekolah ini muncul Naib Johan peringkat daerah dan adik Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki pula memenangi Tempat Ke-3 dalam acara Bercerita Kisah al-Quran. Untuk rekod, SK Seri Berang pernah muncul Naib Johan Daerah Festival Nasyid 2009 menerusi Kumpulan Shoutul Hasan.

Kumpulan Shoutul Shams (2011)
صوت الشمس

Kumpulan Shoutul Hasan (2009)
صوت الحسن
 
Adik Che Ku Nur Umairah binti Che Ku Mohd Mazuki
dan ibu tercinta, Tcr. Noraini Mohamed.

Majlis berlangsung di Sekolah Menengah Agama Mahmudiah dan perasmian penutup disempurnakan Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, En. Shafrudin bin Haji Ali Husin.

Syabas dan tahniah diucapkan di atas kemenangan.


FAKTA MENARIK PENCAPAIAN MTQ 2011

Festival Nasyid          -     Naib Johan (Daerah)
                                         Johan (Zon KDSR 2)

Bercerita (P)              -      Tempat Ke-3 (Daerah)
                                         Naib Johan (Zon KDSR 2)

Tilawah (L)               -      Saguhati (Daerah)
                                         Naib Johan (Zon KDSR 2)

Tilawah (P)               -      Johan (Daerah)
                                         Johan (Zon KDSR 2)


arms/berita...

No comments:

Post a Comment