Tuesday, April 12, 2011

PERUBAHAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN WAJAR SELARI DENGAN KEPERLUAN MURID

SEGAMAT, JOHOR (12 April 2011, 2.00PM) : Pasukan Bahas Guru, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) bertemu dengan pasukan bahas JPN Kelantan di peringkat Separuh Akhir Perbahasan Guru Peringkat Kebangsaan (Zon C) sempena Perayaan Hari Guru 2011, di sini pagi tadi.


SM Vokasional Segamat menjadi tuan rumah Perbahasan Guru
Peringkat Kebangsaan (Zon C) 2011.
Pertandingan yang bertujuan meningkatkan ketrampilan guru-guru berkomunikasi dalam konteks yang luas dimensinya dan menjadi satu wadah kepada warga guru meningkatkan kemahiran berhujah secara kritis, analisis dan profesional dilangsungkan di Dewan Besar SM Vokasional Segamat selama tiga hari bermula semalam.

Pn. Julia bertindak sebagai Perdana Menteri mengetuai
barisan kerajaan ketika membentang usul.

Separuh Akhir Bahas Guru Peringkat Kebangsaan, JPN Zon C :
Saat-saat menanti keputusan sama ada usul diterima atau ditolak.

Barisan Pembangkang diwakili JPN Kelantan


Wakil JPN Kelantan, Ghazali Mat Zin bertindak sebagai
Ketua Pembangkang.

Hj Shukri Ismail muncul Pembahas Terbaik peringkat Separuh Akhir 
Peringkat Kebangsaan Zon C (Terengganu lwn Kelantan).
Beliau bertindak sebagai YB Menteri Ke-2.

Pasukan Bahas Guru Terengganu bersama pengurus dan pegawai JPNT.

Pasukan Bahas Guru JPN Terengganu - JPNT diwakili Hj. Mohd Shukri Ismail (SMK Seri Nilam, KTS), Mohd Ridwan Omar (SK Tengkawang, HT), YM Tg. Hasnul Tg Hussin (SMK Seri Puteri, Besut), Azarul Razamin Mat Said (SK Seri Berang, HT) dan Julia Benjamin Siri (SK Pasir Panjang, KTS).

Pasukan JPNT bertindak sebagai wakil kerajaan dengan membawa usul "PERUBAHAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN WAJAR SELARI DENGAN KEPERLUAN MURID" tetapi ditolak oleh dewan selepas berjaya dibangkang oleh pasukan JPN Kelantan. Hj. Mohd Shukri Ismail  telah dinobatkan Pembahas Terbaik Bahas Guru di pertandingan berkenaan.

Di peringkat akhir, pasukan JPNT muncul Naib Johan dalam perbahasan guru dalam Bahasa Inggeris setelah pasukan JPN Johor bertindak wakil kerajaan berjaya membentangkan usul "REBRANDING THE PROFESSIONALISM OF TEACHERS IS PIVOTAL FOR EDUCATIONAL TRANSFORMATION" dan diterima oleh dewan.


Perbahasan Guru pusingan akhir Bahasa Inggeris
(JPN Johor lawan JPN Terengganu)

Hadirin yang mengikuti perbahasan peringkat akhir.
Dalam kategori Bahasa Melayu, pasukan bahas guru JPN Kelantan sekadar muncul naib johan selepas gagal membangkang usul "KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENENTU UTAMA KEJAYAAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" yang dibawa pasukan JPN Johor.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil JPNT...semoga beroleh kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.



arms/berita/segamat....

No comments:

Post a Comment