Wednesday, April 20, 2011

MTQ SR ZON KDSR 2 : SERI BERANG KUASAI 4 BIDANG

Kontinjen SK Seri Berang meraikan kejayaan bersama Guru Besar
dan Guru-guru Pengiring ke MTQ zon KDSR 2 1432H/2011.
KUALA BERANG (20 APRIL 2011, 10.15pm) : SK Seri Berang menguasai 4 bidang yang dipertandingkan sempena Majlis Tadarus al-Quran Sekolah Rendah peringkat zon KDSR 2, hari ini.


Majlis yang diadakan di SK Tapah menyaksikan Seri Berang memperolehi keputusan yang membanggakan. Antaranya Mohd Nuzul Haziq Mazlan dipilih sebagai Naib Johan Tilawah al-Quran (Lelaki).

Naib Johan Tilawah Lelaki, Mohd Nuzul Haziq ketika
menerima hadiah kemenangan.
Manakala Tilawah al-Quran (Perempuan), Nur Adrera Kasim dari Tahun 6 Waja muncul johan dengan mengenepikan cabaran qariah sekolah lain.

Johan Tilawah Perempuan, Nur Adrera Kasim
menerima hadiah ketika di majlis penutup.

Pertandingan Bercerita Kisah al-Quran (Perempuan) menyaksikan adik Che Ku Nur Umairah Che Ku Mazuki dipilih sebagai Naib Johan.


Naib Johan Bercerita Perempuan, Che Ku Nur Umairah
begitu ceria merasai kejayaan yang bermakna.

SK Seri Berang menampilkan SHOUTUL SHAMS dalam
pertandingan nasyid sempena MTQ kali ini.
Lebih manis lagi, kumpulan nasyid sekolah Shoutul Shams (Seri Berang) dinobatkan Johan Nasyid sempena MTQ KDSR 2 dengan catatan mata 92%. Mereka tampil dengan lagu "Akidah Kukuh Akhlak Terpuji" dan "Ilmu Ibarat Mutiara".

Sebelum ini, pada tahun 2009 SK Seri Berang menerusi Kumpulan Nasyid Shoutul Hasan pernah muncul sebagai johan nasyid sekolah rendah zon KDSR 2.


KENANGAN MTQ 2009 : Kumpulan Nasyid Shoutul Hasan
dan anggota kontinjen MTQ Seri Berang bergambar
bersama Guru Besar.


Alif Zikri mengetuai Kumpulan Shoutul Shams
menerima hadiah Johan Nasyid MTQ KDSR 2.


Kejayaan SERI BERANG turut dikongsi dan dirasai
bersama guru-guru pengiring.

CERIA : Adik Nur Umairah adalah muka baru
dalam kontinjen sekolah ke MTQ KDSR 2 kali ini.

SERI BERANG HEBAT : Mustaqim dan Asyraf adalah antara
anggota Kumpulan Nasyid SHOUTUL SHAMS.


Bersedia ke pentas nasyid. Ustaz Shamsul dan Cg. Radzi
antara penggerak dalam menjayakan Kumpulan Shoutul Shams.
Johan dan Naib Johan dipilih mewakili KDSR 2 ke MTQ Daerah yang akan diadakan di SM Agama Mahmudiah, Kuala Berang.

Syabas kepada peserta dan guru-guru bimbingan di atas kejayaan yang diperolehi.

arms/berita...

No comments:

Post a Comment